|
|
| Sunday, 14-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KEJOHANAN RAGBI JEMPUTAN ANSARA 10 SEPASUKAN 2007 (Day 2)
|
|
Exsas Eagles
Exsas Eagles Junior
13-14 JANUAR1 2007, PADANG UTARA, P.J
Assalamulaikum wbt
Kejohanan ini merupakan pembuka tirai bagi tahun 2007 dan disertai oleh 32 pasukan dari 20 sekolah yang berlainan. Terdapat 3 kategori iaitu kategori sekolah (8 pasukan), alumni bawah 19 (12 pasukan) dan alumni terbuka (12 pasukan). EXSAS EAGLES menghantar 2 pasukan bagi kategori alumni bawah 19 (EXSAS EAGLES JUNIOR) dan alumni terbuka (EXSAS EAGLES).
EXSAS EAGLES bermain dalam kumpulan H bersama ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah) dan SEMESTA OB (SEMESTA Raub Old Boys).
Perlawanan # 1
EXSAS menewaskan ASAS dengan 15-0.
Perlawanan # 2
EXSAS menewaskan SEMESTA OB dengan 5-0
Dengan itu EXSAS EAGLES menjadi johan kumpulan H dan layak ke separuh akhir Bahagian Perdana bertemu dengan juara kumpulan G iaitu VIOBA (VI Old Boys).
Separuh Akhir Bahagian Perdana
EXSAS menewaskan VIOBA dengan 17-0
Seterusnya EXSAS EAGLES ke peringkat akhir dan bertemu dengan pasukan pilihan kejohanan SMSOB (SMS Selangor Old Boys).
Peringkat Akhir Bahagian Perdana
EXSAS tewas kepada SMSOB dengan 0-12
Dengan itu EXSAS EAGLES berjaya menjadi naib johan kejohanan.
EXSAS EAGLES JUNIOR bermain dalam Kumpulan D bersama ANSARA Balik Pulau dan Maktab Sains MARA Seremban.
Perlawanan # 1
EXSAS EAGLES JUNIOR menewaskan ANSARA BP dengan 7-0
Perlawanan # 2
EXSAS EAGLES JUNIOR menewaskan MSM Seremban dengan 24-0
Pasukan JUNIOR berjaya menjadi johan kumpulan D dan mara ke peringkat separuh akhir Bahagian Perdana
Peringkat Separuh Akhir Bahagian Perdana
EXSAS JUNIOR menewaskan ASAS dengan 17-0
Seterusnya layak ke peringkat akhir bertemu dengan SDARA LIONS (Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban)
Peringkat Akhir Bahagian Perdana
EXSAS EAGLES JUNIOR berjaya menewaskan SDARA LIONS dengan mata 3-0.
Dengan itu EXSAS EAGLES JUNIOR berjaya merangkul gelaran JOHAN PERDANA Kategori Alumni Bwah 19.
Berikut merupakan senarai pemain yang menyertai kejohanan tersebut
EXSAS EAGLES
01- Bapak
02- Kapla
03- Muaz (adik kepada Taha- ex SHAH Pekan)
04- Kacang
05- Lan Teleq
05- Sabil
07- Tiger
08- Tabla
09- Aie
10- Kumbing ( cap pertama )
11- Shah Tumeran
12- Kimi
13- Ijan
14- Chin
15- Bar
16- Mag
17- Kudin
18- Yien
EXSAS EAGLES JUNIOR
01- Ricky
02- Eris
03- Tepung
04- Abe
05- Ezad
06- Aike
07- Apit
08- Tempe
09- Ben
10- Kerbau
11- Soki
12- Terung
13- Jimi
JURULATIH - Taha 99
Kerbau berjaya merangkul pemain terbaik Kategori Alumni Bawah 19.
Secara keseluruhan penampilan EXSAS EAGLES kali ini mula membuka mata peminat ragbi tanahair dengan kedua-dua pasukan berjaya menempah tempat ke peringkat akhir. Di harap momentum kecemerlangan ini akan dapat diteruskan ke kejohanan akan datang.
Ucapan terima kasih kepada Tuan Presiden yang sudi hadir menyaksikan kami beraksi. Juga kepada Bro Qisan sekeluarga dan juga rakan-rakan EXSAS yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan seperti Ja, Bob, Hahzam (EXSAS 96), Awang, Hasran dan yang tidak disebutkan nama.
Ucapan yang tidak terhingga kepada Uncle Tarmizi (bapa kepada Soki) yang hadir sepanjang 2 hari kejohanan memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan. Semangat uncle amat kami hargai.
Seterusnya EXSAS EAGLES akan membantu EXSAS mengelolakan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SEMSAS di padang sekolah pada 17-18 Februari 2007 akan datang dan skuad Helang akan meneruskan misi kecemerlangan di Kejohanan Tertutup Pahang pada 24-25 Mac 2007 di Kuantan.
Sekian Terima Kasih
YIEN&KUDIN JASA 96
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ANSARA 10 - Day 1
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Dec-2006 12:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FINAL PIALA PERDANA LIGA ALUMNI KEBANGSAAN 2006 - kamera Ja 96
|
|
EXSAS EAGLES SUMBANG BUKU KE PERPUSTAKAAN SEMSAS
Pasukan pilihan SMSOB menepati ramalan dengan dinobatkan sebagai Johan Perisai Perdana setelah menewaskan EXSAS Eagles 22-3 di dalam perlawanan akhir Kejuaraan Ragbi (Perisai Perdana) Liga Alumni 2006 di Padang Utara, Sabtu 9hb Disember 2006 lalu.
SMSOB yang dibarisi bekas pelajar SMS Selangor mendahului 5-0 seawal 5 minit bermulanya permainan. Namun, EXSAS Eagles yang mewakili Persatuan Bekas Pelajar SMS Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan pantas membalas melalui sepakan penalti menjadikan kedudukan 7-3 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Kekuatan SMSOB terserlah di masa kedua apabila memperolehi 3 try tanpa balas bagi mencipta kemenangan 22-3. Dengan kemenangan ini SMSOB muncul sebagai juara berganda setelah terlebih dahulu memenangi Perisai Peringatan Shukri bagi kejuaraan peringkat liga.
Kedua-dua pasukan menerima hadiah buku untuk disumbangkan kepada perpustakaan sekolah masing-masing bernilai RM500 setiap satu. Hadiah disampaikan oleh YM Raja Idris bin Raja Ali, Pengarah Pengadil Kesatuan Ragbi Malaysia.
Di petik dari : http://www.ligaalumni.com/ligaalumni/
lagi berita di : http://www.mru.org.my/ & http://www.exsas.com.my/
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Dec-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FINAL PIALA PERDANA LIGA ALUMNI KEBANGSAAN 2006 - kamera boby97
|
|
Perlawanan akhir menemukan EXSAS EAGLES dan juara liga Perisai Shukri 2006, SMS Old Boys (SMSOB). EXSAS turun sebagai pasukan jolokan 'giant killer' selepas berjaya menumbangkan keegoan juara tahun lepas, High School Klang Old Boys di peringkat separuh akhir manakala SMSOB bergaya sebagai pasukan pilihan kejuaraan musim ini.
'Head-to-head' menyaksikan SMSOB mengatasi EXSAS dengan satu kemenangan besar dalam peringkat kumpulan di awal musim. Namun begitu EXSAS tetap turun dengan semangat juang yang tinggi mencabar pasukan dari Cheras itu.
Nyanyian lagu 'SEMSAS hidup berjasa' menyemarakkan api semangat dan lebih-lebih lagi dinyanyikan bersama-sama dengan penyokong EXSAS yang turun menyaksikan perlawanan bersejarah ini. Ini merupakan pentas final pertama EXSAS EAGLES yang belum sampai setahun ditubuhkan selepas dalam kejohanan-kejohanan lain sebelum ini terkandas di peringkat separuh akhir.
Separuh masa pertama menyaksikan EXSAS bertungkus lumus bertahan dari asakan SMSOB yang nampaknya lebih berpengalaman dari segi permainan dan taktikal. Cuma sesekali EXSAS berjaya mencuri peluang dengan melancarkan serangan di barisan 'back' namun digagalkan oleh pertahanan mantap lawan.
Tekanan perlawanan akhir memberi sedikit impak kepada EXSAS yang masih gagal mengawal permainan ditambah dengan kecederaan flanker EXSAS, Talhah di pertengahan permainan. Bago masuk menggantikan Talhah. Dalam kelam kabut bertahan, SMSOB berjaya melakukan satu try cantik di penjuru kiri hasil 'cross kick' dari stand-off berpengalaman mereka. Conversion gagal disempurnakan.
Try tersebut tidak mematahkan semangat EXSAS yang berjaya menyempurnakan penalti dan merapatkan jurang mata kepada 3-5. Penalti disempurnakan oleh Muhaimin (Tabla).
Walaubagaimanapun Tabla gagal menyempurnakan penalti kedua selepas itu selepas tendangannya tersasar jauh dari gol.
Tamat separuh masa pertama EXSAS ketinggalan 3-5.
Bakhtiar masuk menggantikan Yien di separuh masa kedua yang jelas menampakkan pengalaman SMSOB mengatasi keupayaan EXSAS. Dua try berjaya dilakukan menjadikan mata 17-3 sebelum Kudin masuk menggantikan Zaim yang mengalami kecederaan bahu. Suhail Amin (Bapak) mengambil tempat Zaim di posisi No.8 dan Kudin terjun ke posisi 2nd Row.
SMSOB sekali lagi berjaya meloloskan diri dari pertahanan EXSAS dan satu lagi try dilakukan menjadikan mata 22-3. Mata tersebut kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Dengan itu EXSAS terpaksa berpuas hati sebagai Naib Johan Piala Perdana selepas tumbang kepada SMSOB yang awal-awal lagi diramal berjaya menjadi juara berganda.
Tahniah diucapkan kepada para pemain yang menunjukkan permainan yang menarik disamping mempamerkan semangat juang yang tinggi. Komitmen pemain merupakan aset penting kepada kejayaan ke peringkat akhir walaupun tidak sampai setahun ditubuhkan. Kekalkan momentum EXSAS EAGLES di peringkat yang lebih tinggi.
Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada EXSAS yang memberi kepercayaan kepada kami membawa nama EXSAS di persada ragbi tanahair. Terima kasih kepada Tuan Presiden EXSAS yang turun padang sama-sama menyokong walaupun mempunyai jadual kerja yang agak ketat. Terima kasih juga kepada Bro Qisan yang tidak putus-putus memberi semangat kepada pasukan. Juga kepada orang-orang kuat EXSAS yang turut serta memberi galakan dan juga kepada Team Penyokong EXSAS 94 dan 96 yang happening dan ahli-ahli EXSAS serta keluarga. Kehadiran kalian amat dihargai.
Barisan pemain Final Piala Perdana Liga Alumni 2006.
01. Prop - CHAP
02. Hooker - MARO
03. Prop - YIEN (c)
04. Lock - KAPLA
05. Lock - BAPAK
06. Flanker - TALHAH
07. Flanker - BAD
08. No 8 - ZAIM
09. Scrum half - O.C
10. Stand off - A.C
11. Inside Centre - TABLA
12. Outside Centre - MAG
13. Right Wing - CHIN
14. Left Wing - BAR
15. Full back - IJAN
SUBS
01. BAGO masuk menggantikan TALHAH
02. BAKHTIAR masuk menggantikan YIEN
03. KUDIN masuk menggantikan ZAIM
Semoga EXSAS EAGLES akan terus berjaya pada masa akan datang.
TERUSKAN BERJASA, HELANG.
Yien & Kudin 96
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Dec-2006 06:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEPARUH AKHIR PIALA PERDANA LIGA ALUMNI KEBANGSAAN 2006
|
|
Padang Utara, Petaling Jaya.
Misi skuad HELANG diteruskan dalam persaingan separuh akhir menentang juara bertahan Piala Perdana tahun lepas, High School Klang Old Boys Association (HSKOBA). Rekod perlawanan kedua-dua pasukan masih diungguli oleh HSKOBA yang menang tipis 28-26 pada peringkat kumpulan. Namun umpama misi membalas dendam, EXSAS EAGLES turun ke padang dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menang.
Beberapa 'regular players' EXSAS tidak dapat menyertai pasukan kerana menyertai Sukan Antara UiTM (KARISMA) di Pulau Pinang antaranya Suhail Amin, Azizil Alim dan Salsabil. Talhah pula masih mengalami kecederaan buku lali dan perlu direhatkan.
Sebaik wisel permulaan dibunyikan, EXSAS terus mangasak kubu lawan. Game play kami agak mudah, jauhkan bola dari barisan forward mereka kerana kami menyedari HSKOBA mempunyai barisan forward yang agak mantap. Ternyata teknik itu berkesan dan try pertama berjaya dilakukan oleh fullback, Hadznizan (Ijan). Conversion berjaya disempurnakan oleh Amar. Selang beberapa minit kemudian, EXSAS dihadiahkan penalti dan Amar sekali lagi berjaya menambah 3 mata menjadikan kedudukan EXSAS mendahului 10-0.
HSKOBA yang mula tersentak dengan permainan pantas EXSAS terpaksa bekerja keras menembusi kubu lawan. Kapten pasukan, Yien terpaksa dikeluarkan kerana mengalami pendarahan di kepala dan diganti oleh Afzal Bazari (Bar). EXSAS terpaksa menyusun semula pemainan dalam keadaan yang sedikit kelam kabut dan peluang itu disambar oleh HSKOBA dengan menyempurnakan 2 try pantas. HSKOBA mendahului 12-10.
Walaupun ketinggalan, EXSAS tidak patah semangat dan menyusun semula permainan dan hasilnya satu penalti try berjaya diperolehi selepas winger, Ikhwan (Chin) ditackle di bahagian leher oleh pemain lawan. Amar tenang menyempurnakan conversion dan EXSAS sekali lagi mendahului 17-12.
Separuh masa kedua, EXSAS terpaksa bertahan dari serangan forward HSKOBA. Bar pula mengalami kecederaan di buku lali dan digantikan oleh Muzani Mahdun (Bago) yang baru tiba dari New Zealand untuk cuti semester.
Di saat HSKOBA ghairah untuk mendapatkan try, EXSAS agak tenang menyerap setiap serangan dengan kicking play ke kawasan HSKOBA. Azwan Shah (Mag) masuk menggantikan Hakimi (Kimi) di posisi winger dan berjaya membuka ruang untuk Amar melakukan try cantik di penjuru kiri padang. Conversion gagal dilakukan oleh Amar menjadikan EXSAS melebarkan jurang mata kepada 22-12. Mata tersebut kekal hingga ke akhir waktu perlawanan dan EXSAS EAGLES secara mutlak berjaya ke final Piala Perdana Liga Alumni 2006 buat kali pertama.
Ucapan tahniah yang tidak terhingga ditujukan kepada pemain-pemain yang bersemangat waja berusaha memenangi perlawanan yang bersejarah ini.
Berikut adalah senarai pemain dalam perlawanan tersebut.
01. PROP - BAKHTIAR (BOBOY)
02. HOOKER - KAMARUL (MARO)
03. PROP - SAFARIN (YIEN)
04. LOCK - KHAIRUL NIZAM (KAPLA)
05. LOCK - HAFIZ HUZAIRI (KACANG)
06. FLANKER - YUSSOF (UCOP)
07. FLANKER - HARITH FARUQI (BAD)
08. NO.8 - ADLI ZAIM (ZAIM)
09. S/HALF - KHAIRUDDIN (KUDIN)
10. S/OFF - AMAR SYAFIQ ( AMAR)
11. CENTRE - FADLI ADLAN (AC)
12. CENTRE - MUHAIMIN (TABLA)
13. R.WING - IKHWAN (CHIN)
14. L..WING - HAKIMI (KIMI)
15. F/BACK - HADZNIZAN (IJAN)
SUBS
01. AFZAL BAZARI (BAR) masuk menggantikan YIEN bermain di posisi flanker. BAD turun ke posisi PROP.
02. MUZANI (BAGO) masuk menggantikan BAR yang cedera buku lali.
03. AZWAN SHAH (MAG) masuk menggantikan kimi di posisi wing kiri.
Ucapan terima kasih kepada barisan penyokong yang hadir menyaksikan dan memberi sokongan padu kepada pemain.
Qisan
Wak
Zulfakar
Samsi
Awang
Itor (thanks support minuman pemain)
Bai
Jawa
Hahzam (thanks belanja kami minum)
Safwan (thanks support minuman pemain)
Bob
Bobby (thanks untuk foto)
Cikgu Zulkizan yang datang dari Kedah
dan kepada semua penyokong yang tidak disebutkan nama. Terima kasih.
Perlawanan akhir dijadualkan pada hari Sabtu 9 Disember jam 5 petang di Padang Utara, Petaling Jaya. Buat pertama kali nyanyian lagu sekolah akan berkumandang di ruang udara Padang Utara. EXSAS akan bertemu dengan juara liga SMS OLD BOYS.
Diharap pemain akan dapat memberi komitmen, tumpuan dan fokus sepenuhnya kepada perlawanan akhir nanti. Pastikan nama SEMSAS dibawa mengalir bersama keringat dan semangat yang berkobar-kobar.
| Quote: | | Biar kita rebah merempuh dari kita tegak bersimpuh. |
'TERUSKAN BERJASA HELANG'
Sekian terima kasih
Yien&Kudin JASA96
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Nov-2006 05:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KLINIK RAGBI EXSAS 2006
|
|
Assalamualaikum...
Pada 18hb NOVEMBER 2006 yang lepas, Exsas Eagles dan EXSAS telah menganjurkan satu program klinik ragbi di SEMSAS tercinta. Pada mulanya nak buat 2 hari tapi di pendekkan kepada satu hari sahaja. Seramai 5 orang ahli exsas eagles telah mengendalikan program tersebut yang disertai oleh 27 orang pelajar tingakatan 2 dan 3.
Antara objektif program ni adalah untuk membantu SEMSAS menyediakan sebuah pasukan ragbi terbaik bagi menyertai kejohanan2 ragbi tahun hadapan. Di samping itu juga,kami nak jadikan tradisi kecemerlangan sukan ragbi di SEMSAS berterusan, so kena la didik dari akar umbi.
Kami bertolak jumaat malam lepas maghrib naik kete aku. Balik keje aku terus amik AC kat shah alam.Lepas pekena beehun sup kat rumah AC,kitorang terus amik Faiz kat Seksyen 7. Mulanya rancang nak saing ngan Bro Qisan, tapi dia ada hal yang perlu dibereskan. Kemudian, kami terus ke Taman Bolton,Gombak untuk ambik Kudin kat rumah mertua dia.
Kami sampai kat Kuantan dalam jam 12.30 pagi dan terus pegi makan dulu kat Taman Tas. Call Zaim suruh dia datang. Cikgu Zulkizan menyusul kemudian, pun minum teh ngan kami. Malam tu AC dijemput oleh Jama untuk tido kat rumah Jani, Zaim pulak bailk rumah dia. So cuma kami 3 orang aje la yang lepak kat hotel 5 star, bilik tetamu SEMSAS INN hehehehe...ada tv tau.
Program klinik awalnya dirancang jam 7 lebih tetapi terpaksa ditunda sebab hujan. Dalam jam 8 baru hujan berhenti so bermulalah klinik.
Seperti biasa peserta kena berlari pusing padang 5 round dulu, lepas tu streching.Sambil mereka berlari, kitorang kat astaka pekena roti canai dulu. Aku lak kena layan Cikgu Salasun berborak...hehehe..ada rancangan baru...nak buat padang lagi satu kat belakang dewan makan.
Lepas peserta warm-up, kitorang pun ajar la basic handling bersama drill2 yang patut.Tahap handling tak de la berapa superb tapi boleh la. Basuh mana yang patut terutama bersuara time mintak n terima bola. Pagi tu kami lebih tekankan kepada teknik handling dan sedikit teknik tackle.
Lepas tu si Zaim ajar warm down cara berkumpulan sambil urut mengurut.Harap2 sillaturrahim sesama diorang kuat selepas ni.
Brainwash mana yang patut...pastu upacara bagi t-shirt program kat diorang (kitorang dah dapat dulu). T-shirt tu atas sumbangan EXSAS yang bermurah hati sangat. Bebudak pun suka hati la yek...ye lah...time cuti diorang, dapat lak cenderahati.
Waktu klinik berjalan, kat sekolah ada satu mesyuarat untuk kejohanan SEMSAS 7s tahun hadapan. Antara yang hadir, Ustaz Mad Ali mewakili Tuan Pengetua, En Abu Bakar mewakili Kesatuan Ragbi Negeri Pahang(KRNP), Bro Imran, Bro Qisan, Bro Tahir mewakili EXSAS dan juga Cikgu Salasun mewakili unit sukan. Cikgu Zulkizan juga hadir mewakili jurulatih pasukan SEMSAS.
Tamat sessi pagi, kitorang pun lunch kat DEWAN MAKAN SEMSAS.
Time lepak2 datang lak si Kumbing,Jani ngan Jama.Makin riuh la bilik tetamu tu ngan cerita2 silam yang menusuk kalbu kehkehkeh...
Sessi petang pulak bermula jam 3 petang dengan peserta program repeat balik apa yang dibuat pagi tadi...sebagai warm up diorang. Ada improvement dari segi handling ngan dah mula bersuara.
Kitorang ajar pulak teknik asas fitness, shutter run. Merah padam muka diorang, yelah baru kali ni kena, sebelum ni tak tau pun. Kemudian select player ikut backline ngan forward walaupun sebenarnya waktu main seven semuanya back line.Zaim,Faiz ngan Kudin ajar teknik scrum ngan line out. Aku ngan AC ajar bebudak back line passing, cut in ngan loop. Kitorang lebih tekankan basic mengundur untuk onside. Yelah nak main seven kena la rajin berlari.
Rasa2 diorang dah ok, buat diorang 3 team, lawan satu sama lain sambil di bantu oleh abang2 diorang. Teknik menyerang dan teknik bertahan walaupun pada mulanya berterabur pasal diorang tak dapat gambaran sebenar sebelum ni.
Polish mana yang patut pastu time diorang lak lawan team kita yang diwakili oleh Zaim(paling beria), aku, Kumbing, Kudin, AC, Faiz dan Jama. Mula2 diorang takut giler nak main. Yelah sure diorang rasa macam lawan team Fiji agaknye hehehe...tapi kitorang suh sorang budak form 5 main dalam team diorang, baru la berani sikit.Ada peningkatan positif. So tamat sessi petang tu.
Malamnya pulak, kitorang post mortem mana2 yang patut, ajar diorang berani bersuara sikit, biar berkeyakinan. Banyak la gak dapat feed back dari diorang yang memerlukan usaha yang lebih lagi kalau nak jadi team terbaik di Malaysia. Bro Qisan pun join gak tu. Kumbing tak dapat join pasal malam tu dia ada diskaseng hehehehe...
Tunjuk diorang video game Fiji lawan NZ walaupun game tu untuk advance level punya tapi nak tengok cara permainan 7s. Ada la gak yang tak dapat tengok pasal terlelap, letuh sangat siang tadi.
Malam tu kitorang makan kat Kuantan. Zaim mintak no telefon awek tu tapi tak dapat kehkeh...terbukak la kisah2 silam dolu2...time muda2 pergh...syahdu beb...
Pagi esoknya, seawal jam 8 kitorang pergi rumah Cikgu Husin, cadanganya nak lepak sejam je pasal cikgu ada acara jam 9 tapi acara cancel, terus berborak samapi kul 11 lebih. Itupun sebab aku ajak balik, pasal peatang tu nak gi tengok Chin main kat Blackhawk 7s.Kalau tak samapai ke malam la. Tapi serious punya best, maklumlah dah lama tak jumpa, banyak la cerita ye tak.
Lepas lepak kat umah Cikgu Husin, aku, Kudin ngan Faiz pun balik KL. Zaim balik umah dia dan AC pun nak lepak Kuantan lagi dia cakap.
Kami rasa bersyukur kerana program kali ni berjalan ngan lancarnya. Terima kasih kepada SEMSAS yang sudi memberi peluang untuk kami mencurahkan pengalaman dan ilmu kami, juga kepada EXSAS yang menganjurkan program ini terutama untuk Tuan Presiden, Bro Qisan ban Bro Tahir yang sama2 turun padang memberi semangat kepada kami.
Diharap kita akan dapat menganjurkan program yang lain pada masa akan datang.
SEKIAN TERIMA KASIH.
TERUSKAN BERJASA.
Yien JASA 96
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Sep-2006 02:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
EXSAS EAGLES vs ANSARA ATMA
|
|
LIGA ALUMNI 2006
16 SEPTEMBER 2006
PADANG ATMA, SUNGAI BESI
By : Yien & Kudin (96)
Perlawanan ini akan menentukan tempat ketiga dan keempat liga kumpulan A selepas SMSOB menjuarai kumpulan A dengan menewaskan HSKOBA 24-10 minggu lepas.
Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda atas kesilapan penganjur mengatur kehadiran pengadil. Ini secara tidak langsung mengganggu komitmen pemain untuk hadir pada kali ini.
Walau bagaimanapun, EXSAS berjaya menurunkan pasukan dalam keadaan cuaca dan padang yang tidaklah begitu memuaskan.
Pasukan ANSARA rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain muda ATMA yang menunjukkan kelebihan dari segi fitness dan kepantasan. 2 orang pelajar ATMA, Yuzzul Aizat (UBAI ' 02) dan Izuddin (DIN ' 04) yang merupakan bekas pemain ragbi SEMSAS menyertai pasukan EXSAS EAGLES.
Dalam separuh masa pertama EXSAS mendahului 5-0 hasil try oleh Chap sebelum ANSARA mencuri peluang dengan melakukan try dan conversion sebelum tamat separuh masa pertama.
Dalam separuh masa kedua, ANSARA memanafaatkan peluang selepas pemain EXSAS melakukan beberapa kesalahan terutama waktu bertahan dan satu try bawah post berjaya dilakukan dan menjauhkan jarak mata kepada 14-5.
Tersentak dengan pungutan mata tersebut, ketua pasukan EXSAS, Talhah menukar taktik kawalan bola oleh barisan hadapan. Namun pertahanan ANSARA terlalu kebal untuk dibolosi dan setelah berusaha beberapa kali, EXSAS berjaya juga mendapat try oleh Kapla dan Ijan menyempurnakan conversion untuk EXSAS merapatkan jurang mata 12-14.
EXSAS terus menggasak kubu ANSARA namun kurangnya latihan dan komunikasi menyebabkan EXSAS gagal mendapatkan lagi try.
Tamat masa perlawanan EXSAS tewas di tangan ANSARA ATMA, 12-14.
Secara keseluruhan, dapat dilihat kekurangan dari segi taktikal dan kelonggaran teknik serangan dan pertahanan menyebabkan pasukan EXSAS kurang menyerlah pada perlawanan kali ini.
Walau bagaimanapun, kredit harus diberikan kepada pemain yang turun kerana sanggup memberikan komitmen walau dalam apa cara sekalipun. Diharap ini akan menjadi contoh kepada pemain-pemain lain yang tidak dapat hadir.
Barisan pemain EXSAS EAGLES
01-prop - CHAP
02-hooker - BAKHTIAR
03-prop - YIEN
04-lock - KACANG
05-lock - BAPAK
06-flanker - UBAI
07-flanker - IZUDDIN
08-no.8 - TALHAH (kapten)
09-s/half - KUDIN
10-stand-off - TABLA
11-centre - MAG
12-centre - CHIN
13-wing - JOKER
14-wing - BAR (diganti oleh KAPLA)
15-fullback - IJAN
Barisan penyokong
QISAN
AWANG ' 92
ITOR, BAI ' 94
MAMAT JUPIT ' 97(terima kasih menjadi touch judge)
Selepas tamat liga, kumpulan A diungguli oleh SMSOB dengan 12 mata, diikuti oleh HSKOBA dengan 9 mata hasil 2 menang 1 seri dan 1 kalah. Tempat ketiga ANSARA ATMA dengan 8 mata, 1 menang 2 seri dan 1 kalah. diikuti oleh EXSAS dengan 6 mata 1 menang 3 kalah. Pasukan OPA mendapat tempat ke-5 dengan 5 mata, 1kali seri 3 kali kalah.
Dalam kumpulan B, MCOBA mengungguli liga diikuti oleh ASAS dan STJOBA di tempat ketiga. tempat ke-4 liga SDARA.
Dengan mendapat tempat ke-4 kumpulan A, EXSAS EAGLES layak untuk bermain di play-off suku akhir Piala Perdana bertemu naib juara kumpulan B, ASAS yang dijadualkan selepas hari raya aidilfitri, pada 4 & 5 November 2006. Pemain-pemain diharap dapat memberi komitmen pada tarikh tersebut.
Tamat Liga Alumni 2006 menyaksikan penyertaan sulung pasukan EXSAS EAGLES. Terima kasih kepada EXSAS yang memberi sumbangan kepada pasukan ragbi EAGLES. Segala kelemahan dan kekurangan baik dari segi permainan ataupun pengurusan diharap dapat diperbaiki dan mutu permainan perlu dipertingkatkan lagi bagi menghadapi cabaran perlawanan pada masa hadapan.
Sekian terima kasih.
TERUSKAN BERJASA, HELANG......
CHEERSSS!!!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Sep-2006 04:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
EXSAS EAGLES vs HSKOBA (High School Klang Old Boys)
|
|
LIGA ALUMNI 2006
2 SEPTEMBER 2006
PADANG UTARA, PETALING JAYA
By : Yien & Kudin (96)
Perlawanan ketiga liga untuk kedua-dua pasukan. EXSAS kini ketinggalan satu mata di belakang HSKOBA selepas dua perlawanan. HSKOBA mengumpul 5 mata dengan satu kemenangan dan satu seri manakala EXSAS pula mengumpul 4 mata hasil satu kali kalah dan satu kali menang. Misi EXSAS kali ini adalah untuk menundukkan HSKOBA yang merupakan juara liga tahun lepas dan juga juara piala perdana 2005. Maka tidak hairanlah HSKOBA turun dengan reputasi tinggi sebagai juara bertahan kali ini.
Sebaik sahaja kick-off, HSKOBA terus-terusan menggasak kubu EAGLES yang rata-rata menurunkan pemain-pemain baru dan muda. Hasilnya, HSKOBA berjaya menembusi pertahanan EXSAS dengan mendapatkan try di bawah post.Kicker HSKOBA mudah melakukan conversion dan mendahului dengan 7 mata.
Namun, walaupun pasukan baru, EXSAS cuba memperkemaskan barisan serangan dan hasil larian pantas inside centre, Azizil aka Tiger berjaya mendapatkan try pertama untuk EXSAS. Conversion disempurnakan oleh Salsabil untuk mengikat kedudukan 7-7.
Sebelum tamat separuh masa pertama, HSKOBA mendapat satu lagi try dan berjaya menyempurnakan conversion. Tamat separuh masa pertama, EXSAS 7, HSKOBA 14.
Bermula separuh masa kedua, EXSAS terus mengasak pertahanan HSKOBA dan hasilnya Hakimi berjaya meloloskan diri untuk mendapatkan try kedua EXSAS. Stand-off gantian EXSAS, Amar Syafiq berjaya melakukan conversion untuk sekali lagi mengikat mata kedudukan 14-14.
Melihat EXSAS terlalu ghairah menyerang, HSKOBA mula menukar taktik dengan melakukan serangan psikologi dan sekali lagi berjaya mendahului perlawanan 14-21 hasil try dan conversion di bawah post.
Persaingan kedua-dua pasukan mula menjadi ketat dan sedikit kucar-kacir berlaku di tengah padang. Pengadil perlawanan, saudara Yon terpaksa melayangkan 2 kad kuning sekali gus kepada scrum half EXSAS, O.C dan stand-off, Amar Syafiq.Kediua-dua pemain dimasukkan ke dalam SIN BIN selama 10 minit.
Tersentak dengan keadaan tersebut, kapten pasukan, Talhah menukar taktik permainan dengan mengawal bola di barisan forward setelah barisan back kekurangan 2 orang pemain. Taktik itu nampaknya berkesan dan EXSAS mendapat satu try hasil kawalan kemas Talhah. Salsabil sekali lagi berjaya mengikat kedudukan 21-21 setelah menyempurnakan conversion.
Perlawanan menjadi semakin menarik apabila barisan belakang EXSAS mengawal perlawanan dengan gerakan dan larian pantas yang mengelirukan lawan. Amar Syafiq, selaku perancang utama pasukan melakukan larian pantas dari tengah padang mengelirukan sekurang-kurangnya 5 pemain HSKOBA untuk mendapatkan try di penjuru kanan padang. Selepas 3 kali mengejar untuk menyamakan kedudukan, giliran EXSAS pula mendahului pasukan HSKOBA 26-21.
Kegembiraan pasukan EXSAS hanya sementara apabila sebelum wisel penamat dibunyikan, pertahanan longgar EXSAS dihukum pemain inside centre HSKOBA yang berjaya meloloskan diri untuk mendapatkan try di bawah post dan conversion berjaya disempurnakan dengan baik.
Tamat perlawanan, pasukan EXSAS pulang kecewa selepas tewas tipis kepada HSKOBA dengan keputusan rasmi EXSAS - 26, HSKOBA -28.
Keputusan tersebut meletakkan HSKOBA di tempat kedua liga dengan 8 mata di belakang SMSOB manakala EXSAS pula di tempat ke-4 dengan 5 mata selepas ANSARA seri dengan OPA di Padang ATMA. ANSARA mengumpul 5 mata hasil 2 kali seri dan satu kali kalah dengan beza gol melebihi EXSAS.
Menurut Yon, pengurus SMSOB, EXSAS seharusnya lebih bijak mengatur strategi selepas mengawal perlawanan di saat-saat akhir. Tendangan clearance di kawasan lawan mungkin dapat membantu selepas pemain HSKOBA ghairah untuk mencari mata penyamaan.
Walau bagaimanapun, ini merupakan prestasi terbaik pasukan selepas tiga kali bermain. Menurut Qisan, ini merupakan persembahan hebat pasukan EXSAS yang memperlihatkan semangat melawan dan semangat berpasukan yang tinggi. Pasukan EXSAS mempunyai potensi dan pemain diharap dapat memberi komitmen yang berterusan untuk perlawanan yang seterusnya.
Berikut adalah nama pemain-pemain
01-prop - CHAP
02-hooker - MARO
03-prop - BAKHTIAR ' 01*
04-lock - KAPLA
05-lock - LAN TELIQ
06-flanker - NIK ZAIRUL (diganti oleh AMAR)
07-flanker - YUZZULAIZAT aka UBAI ' 02 *
08-no.8 - TALHAH (kapten)
09-s/half - KUDIN (diganti oleh O.C)
10-stand-off - SABIL
11-centre - TIGER
12-centre - TABLA
13-wing - CHIN (diganti oleh MAG)
14-wing - BAR (diganti oleh KIMI)
15-fullback - ASYRAF aka MANGGA ' 02 * (student di KUKUM, Perlis)
Selamat datang kepada pemain-pemain yang mendapat cap pertama dengan EXSAS EAGLES (tanda *)
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Bro Imran dan Bro Qisan yang sudi meluangkan masa turun padang menyaksikan pasukan EXSAS bermain.
Juga kepada bekas pemain tahun 94, ITOR, ZUL, BAI dan ARIFF NOOR yang memberi sokongan, BOB 96, AMIRUL FARIDEEN dan SHAIFUL IZZUAN dari batch 05 dan BAROG 97 yang menyumbangkan gambar. Terima kasih atas sokongan kalian.
Sekian.
TERUSKAN BERJASA, HELANG - HELANG SEKALIAN...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Aug-2006 02:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
EXSAS EAGLES vs OPA (MAKTAB TENTERA OLD BOYS)
|
|
KEJOHANAN RAGBI LIGA ALUMNI 2006
EXSAS EAGLES vs OPA (MAKTAB TENTERA OLD BOYS)
19 OGOS 2006, PADANG UTARA,PETALING JAYA.
By : Yien & Kudin JASA 96
Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan.EXSAS ini bangkit dari kekalahan dua minggu lalu kepada SMSOB begitu juga OPA yang dikejutkan oleh juara bertahan HSKOBA minggu lepas.
Dalam separuh masa pertama, EXSAS mendahului OPA dengan satu try oleh MOHD MUHAIMIN NORDIN a.k.aTabla dan 2 penalti disempurnakan oleh AHMAD HAKIMI OTHMAN a.k.a Kimmy. Tamat separuh masa pertama EXSAS mendahului OPA dengan mata 11-0.
Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua bermula OPA bermain agak agresif dengan menyerang kubu EXSAS dan akhirnya mendapat satu try oleh Fendi X-Factor.
Tersentak dengan try tersebut,EXSAS memperkemaskan bahagian serangan dan berjaya melebarkan jurang mata dengan melakukan satu lagi try yang dilakukan oleh MOHD AFZAL MOHD BAZARI a.k.a Bar.Conversion gagal disempurnakan oleh Kimmy menjadikan mata EXSAS mendahului 16-5.
Sebelum tamat perlawanan,EXSAS mendapat satu lagi peluang melakukan try namun pengadil perlawanan, En.Suhaimi membatalkan try tersebut.Tamat masa perlawanan, EXSAS berjaya menewaskan pasukan OPA dan mendapat kemenangan pertama dengan mata 16-5.
Keputusan tersebut melonjakkan pasukan EXSAS dari tempat terakhir liga kepada tempat kedua Kumpulan A di belakang SMSOB yang masih mempunyai satu perlawanan di tangan.
Kemenangan ke atas OPA memberi sinar harapan kepada pasukan yang mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Tuan Presiden EXSAS, Ir Imran dan bro Qisan yang sama-sama memberi sokongan kepada pemain.Jutaan terima kasih diucapkan.
Beberapa pemain EAGLES mendapat cap yang pertama dalam perlawanan tersebut. Mereka adalah Shahrin Awali (Ayie JASA 02) masuk menggantikan Kudin, Mohd Harith Faruqi (Bad JASA 01) dan Mohd Izzudin Ramli (Din JASA 04).
Secara keseluruhan, permainan pasukan mula menunjukkan peningkatan tetapi masih di tahap yang belum selesa. Ini disebabkan beberapa pemain regular tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain. Walau bagaimanapun masih ada ruang untuk pasukan memperbaiki kelemahan terutama di bahagian belakang yang masih belum menunjukkan standard yang sebenar EAGLES.
EXSAS EAGLES akan betemu dengan juara bertahan HSKOBA dua minggu lagi di Padang Utara.
Berikut adalah senarai pemain yang bermain dalam perlawanan menetang OPA:-
15 Pertama
01- Chap
02- Maro
03- Bapak
04- Kacang
05- Kapla (pemain jemputan ex-SHAH)
06- Ayoi * (pemain jemputan ex-Clifford Ipoh)
07- Talhah (Pembantu Kapten)
08- Zaim
09- Kudin
10- Yien (Kapten)
11- Kimi
12- OC
13- Tabla
14- Bar (pemain jemputan ex-SEMESTA)
15- Ijan
Pemain simpanan
1- Din * (masuk menggantikan Yien)
2- Bad * (masuk menggantikan Chap)
3- Ayie * (masuk menggantikan Kudin)
4- Lan (masuk menggantikan Kapla)
5- Sharimi (pemain jemputan ex-MRSM Terendak)
6- Salam
( tanda * - first capped bersama EAGLES)
Pemain Dalam Kecederaan
1- Mag (pemain jemputan ex-SAINS Sbn)
2- Ucop
3- Kamala
4- Jali
Pemain Tidak Hadir Atas Komitmen Lain
1- AC (Terengganu)
2- Amar (UKM 10s)
3- Sabil (UKM 10s)
4- Tiger (UKM 10s)
5- Chin (Test)
6- Pitik (Seminar)
7- Joker (JB)
8- Shah Tumeran (Out-station)
9- Safwan (Out-station)
10- Poji SEMESTA (UKM 10s)
Pemain menarik diri
1- Jidin KE VII (bermain untuk COBRA)
Terima kasih diucapkan kepada ex-SEMSAS yang hadir memberikan sokongan moral kepada pemain-pemain. Sokongan anda begitu besar bagi kami. Mereka terdiri daripada:-
1- Itor 94
2- Bai 94
3- Arip Nor 94
4- Zuhdi 95
5- Ghaza 02
6- Joko 03
7- Balrog 97 (meh la main balik Balrog, ni asyik nak buat keje admin je hehehe)
8- Khairul Khairi 02
Diharap kemenangan pertama ini akan memberi lebih semangat kepada pemain dan bersedia memperbaiki segala kelemahan yang ada baik dari segi permainan dan juga komitmen kepada pasukan.
Semoga kita akan dapat bergerak sebagai sebuah pasukan yang disegani di tanahair.
Perlawanan berikutnya dijadualkan pada 2 September 2006 jam 4 petang di Padang Utara. Ex-SEMSAS dijemput datang memberikan sokongan kepada pasukan EXSAS EAGLES disamping dapat merapatkan silaturahim antara EXSAS.
Jutaan terima kasih kepada Bro Imran yang belanja kami makan malam.
Untuk sekalian EAGLES, keep it up, guys......lets the EAGLES spirit lives on. CHEERS.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Aug-2006 01:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
EXSAS EAGLES vs SMS OLD BOYS
|
|
LAPORAN PERLAWANAN RAGBI LIGA ALUMNI MUSIM 2006
EXSAS EAGLES vs SMS OLD BOYS
5 OGOS 2006 JAM 5.00 PTG
PADANG SMS SELANGOR,CHERAS
Oleh : Yien & Kudin 96
Buat julung kalinya pada tahun ini exsas eagles mengambil bahagian dalam kejohanan ragbi liga alumni musim 2006 kali kedua anjuran ANSARA.
EXSAS diundi dalam kumpulan A bersama pasukan tuan rumah ANSARA,OPA,High School Klang OBA dan pasukan pilihan SMS Old Boys.
Perlawanan pembuka tirai liga musim 2006 yang menemukan pasukan EXSAS dan pasukan SMSOB telah berlangsung pada hari Sabtu yang lepas di padang SMS Selangor,Cheras.
Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama pemain-pemain EXSAS berkumpul dan menyertai kejohanan ragbi 15 sepasukan. Namun,semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain amat memberangsangkan walaupun mengetahui pasukan lawan, SMS Old Boys mempunyai lebih kelebihan dari segi pengalaman,kecergasan,latihan dan tentu sekali sokongan yang padu dari pihak tuan rumah.
SMS Old Boys merupakan pasukan yang telah menempa nama dalam arena ragbi tanahair dan bermain dalam Divisyen 1,Liga Ragbi Selangor.
Sebaik sahaja wisel permainan dibunyikan, SMSOB terus mangasak kubu EXSAS yang diketuai oleh kapten, Amar Syafiq dan pack leader, Muhd Talhah. Namun, EXSAS cuba memberi tentangan yag hebat dengan permainan cemerlang barisan hadapan(forward) yang baru pertama kali bermain bersama.
Sesekali barisan belakang EXSAS cuba melancarkan serangan dengan larian pantas namun berjaya dikekang oleh pertahanan lawan.
Mengetahui separuh masa pertama hampir tamat, SMSOB menukar taktik dengan melipatgandakan serangan dengan tendangan ke bahagian belakang kawasan EXSAS. Ternyata taktik berkenaan berhasil mengelirukan bahagian pertahanan EXSAS dan sejurus sebelum tamat separuh masa pertama, SMSOB berjaya membolosi kubu EXSAS dan mendapat sau try di bawah post. Conversion berjaya dilakukan menjadikan SMSOB mendahului EXSAS dengan mata 7-0.
Dalam separuh masa kedua, barisan belakang(backline) gagal melakukan serangan dengan kemas dan kesempatan itu dirampas oleh SMSOB untuk melebarkan jurang mata 14-0.
Dalam keadaan yang masih kelam kabut mencari rentak perlawanan, EXSAS sekali lagi terjerat dengan serangan pantas SMSOB yang jauh lebih berpengalaman.
Keputusan akhir perlawanan, EXSAS berjaya ditundukkan oleh pasukan pilihan SMSOB dengan 6 try, 5 conversion dan mata keseluruhan EXSAS tewas 0-40.
Walaupun tewas dalam perlawanan pertama, ini merupakan pengalaman yang amat berharga dan semua pemain perlu berfikiran positif atas kekalahan tempohari dengan mencuri sedikit pengalaman yang dimiliki oleh SMSOB. Pasukan EXSAS jika digilap dengan kemas berpotensi menjadi antara pasukan yang disegani. Untuk merealisasikan impian tersebut, pemain perlu mempunyai semangat dan iltizam yang kuat juga disiplin diri dan keyakinan yang tinggi.
Secara keseluruhan, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam permainan baik dari segi teknikal mahupun taktikal. Apa yang perlu sekarang ialah satu formula permainan yang mudah digunapakai oleh semua pemain. Usaha ini akan diperkemaskan dari semasa ke semasa.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada EXSAS yang diwakili oleh Bro Qisan yang meluangkan masa menyaksikan pasukan EXSAS beraksi. Juga kepada bekas pelajar SEMSAS yang turut sama memberi sokongan. Antaranya Awang 92, Zuhdi 95 dan bro2 yang lain. Juga jutaan terima kasih kepada saudara Aminor 98 dan saudari Fairuz 99 yang menyumbangkan foto-foto perlawanan yang amat menarik. Diharap kalian sudi menyertai kami lagi.
Sekian terima kasih. HIDUP BERJASA. CHEERS.
Berikut adalah senarai pemain yang menyertai pasukan dalam perlawanan tersebut.
prop - chap ( subs by maro* )
hooker - jidin KE VII ( subs by yien )
prop - bapak
lock - kacang ( subs by lan teleng* )
lock - kapla SHAH
flanker - ijan
flanker - shah tumeran* ( subs by bar SEMESTA )
no.8 - talhah (subs by safwan)
scrum half -pitik
fly half - amar (C)
inside centre - sabil (subs by kimi)
outside centre - OC (subs by mag SASE)
right wing - cindai
left wing - tabla (subs by joker)
full-back - AC
Player yang direhatkan - Kudin
( * - capped pertama bersama EXSAS EAGLES)
Photographer: Aminor & Fairuz 98
|
|
|
|
|