Want your
own Fotopage?







 
Exsas Eagles's FotoPage

By: Exsas Eagles Rugby Club

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Monday, 31-Jul-2006 06:05 Email | Share | | Bookmark
Jadual bagi peringkat liga, Ragbi Liga Alumni 2006.

Kumpulan A

1. Ansara Terendak - MRSM Kem Terendak
2. Exsas Eagles - SMS Sultan Ahmad Shah Kuantan
3. HSKOBA Osterich - SM Tinggi Klang
4. OPA - Maktab Tentera Diraja
5. SMSOB - SMS Selangor

Kumpulan B

1. ASAS - Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya
2. MCOBA - Maktab Melayu Kuala Kangsar
3. SDARA Lions - Sekolah Datuk Abdul Razak Seremban
4. STJOBA Warriors - SMS Tuanku Jaafar Kuala Pilah
5. VIOBA - SM Victoria Kuala Lumpur

Jadual Perlawanan

Tarikh Perlawanan dan Padang

5-Aug 06 (Sabtu) EXSAS vs SMSOB di SMS Selangor, Cheras
19-Aug 06 (Sabtu) OPA vs EXSAS di Padang UTARA
2-Sep 06 (Sabtu) HSKOBA vs EXSAS di Padang UTARA
9-Sep 06 (Sabtu) EXSAS vs ANSARA di ATMA, Sg. Besi

Semua perlawanan bermula pada jam 4.45 petang.

Semua pemain & penyokong dijemput hadir .


Let the Eagles Spirit lives on...........

Feel free to visit our new official Site at http://www.exsas-eagles.com

Tq
Sat 5-Aug-2006 10:58
Posted by:Hasif aka Achip
Mana nak up korang nyer pix masa first game nih?dah siap edit.... Mon 7-Aug-2006 08:18
Posted by:amin  - [Link]
aminor..send kat email aku hasif@web.de or hasif@exsas-eagles.com nanti aku update kat website.thanks Mon 7-Aug-2006 08:25
Posted by:hasif aka achip hasif@web.de
Add comment


Saturday, 1-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kejohanan Ragbi Banting-Canterbury 10 Sepasukan, 1-2 Julai 2006.

 
 
 
View all 81 photos...



Oleh : Yien & Kudin (96)

Laporan Kejohanan Ragbi Banting-Canterbury 10 Sepasukan 2006

Tarikh : 1 & 2 Julai 2006
Tempat : Padang Awam Morib, Banting, Selangor.


Alhamdulillah, setelah sekian lama skuad helang tidak menyertai sebarang kejohanan, kali ini kami telah telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Ragbi Banting-Canterbury 10s yang julung kali diadakan di daerah Kuala Langat.

Setelah membuat beberapa perancangan yang rapi, skuad helang telah berjaya mengumpulkan 16 pemain terbaik untuk menyertai kejohanan tersebut. Mereka terdiri daripada:

Yien,Kudin (96),
Ijan (98),
Zaim (100),
Ucop,a.c (101, kedua-duanya first cap bersama ex-semsas eagles),
Amar, O.C (102),
Bapak,Chin,Sabil,Tabla(103)

Beberapa pemain tunggak tidak dapat menyertai pasukan kali ini seperti Talhah 99, Kacang 98, Tiger 102 dan Pitik 103 kerana mempunyai komitmen di acara yang lain.
Dan untuk memantapkan lagi skuad helang, kami telah menjemput 4 orang pemain bukan Ex-Semsas bagi membantu di bahagian forwad dan backline. Mereka adalah:

Kapla (Shah pekan 96)
Jidin (KE 97)
Bar (Semesta 103)
Mag (Sains Seremban 103)

Berikut adalah laporan kejohanan.

Sebanyak 16 pasukan telah di jemput tetapi hanya 14 pasukan yang dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada kejohanan ini. Taklimat kejohanan telah diadakan pada jumaat malam di rumah ahli perlimen kuala langat, Datuk Shafie.
Ex-semsas Eagles telah diwakili oleh saudara Faeez 99 yang menjadi ajk penganjur kejohanan ini.

Berikut adalah pembahagian kempulan.

Kumpulan A
Skuad Gemilang Tudm (Blackhawk Jr.)
Jenjarum Phyton
Jugra Development Team


Kumpulan B
Kuching Rfc
Klang High School
Kolej Mara Banting
41 Rad

Kumpulan C
Canterbury Development Team
Jugra Old Boys
Raccoon

Kumpulan D
Majlis Daerah Kuala Langat (Mdkl)
Ex-Semsas Eagles
Bangi Hunter
Teluk Panglima Garang

Skuad helang telah berkumpul pada Jumaat malam di padang MBSA , Shah Alam untuk melakukan work-out dan shadow play.
Kami bertolak pada awal pagi hari Sabtu dengan menaiki 4 buah kereta. Kami telah menginap di Hotel Sri Morib bersebelahan Kelab Golf Sri Morib.

Pusingan awal

Game No.1
Ex-Semsas Eagles Vs Bangi Hunter,
Menang 38-0

Game No.2
Ex-Semsas Eagles Vs Teluk Panglima Garang,
Menang 33-0

Game No.3
Ex-Semsas Eagles Vs MDKL
Menang 12-7

Selesai semua perlawanan, skuad helang berjaya menjuarai kumpulan d dan mara ke peringkat suku akhir cup pada keesokan harinya.

Suku akhir cup
Ex-semsas eagles vs Jugra Old Boys
Menang 19-0

Untuk itu Ex-Semsas berjaya melangkah ke separuh akhir cup dan bertemu dengan pasukan faveret kejohanan, Canterbury Development Team (cccdt) cccdt rata-rata diwakili oleh pemain-pemain pasukan Uitm Lions dan dilihat mempunyai banyak kelebihan dari segi fitness, pengalaman dan banyak menyertai kejohanan sekitar tanahair. Uitm Lions juga adalah pasukan terkuat antara universiti dengan memenangi masum 7s dan sukan masum 2006.

Pada separuh masa pertama, Ex-Semsas berjaya mengawal perlawanan dengan menyerap segala pressure cccdt. Namun agak malang bagi kami kerana kapten pasukan ,Yien dan outstanding jumper, Ucop terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.
Ini memberi sedikit impak kepada pasukan dan sebelum tamat separuh masa pertama, cccdt berjaya membolosi kubu ex-semsas dan mendapat try pertama.

Tamat separuh masa pertama, Ex-Semsas ketinggalan 0-7 kepada cccdt.

Sejurus separuh masa keduan bermula, Ex-Semsas cuba mengasak kubu cccdt dengan kicking game dan nampaknya strategi itu berkesan. Ex-Semsas berjaya mendapat satu try di bawah post yang dilakukan oleh amar hasil serangan mantap Amar dan A.C. Amar berjaya melakukan conversion dan mengikat kedudukan 7-7.

Namun, pengalaman cccdt berjaya juga mengatasi ex-semsas dengan melakukan serangan psikologi kepada pemain dan akhirnya cccdt berjaya membolosi kubu Ex-Semsas dengan melakukan dua try pantas di penghujung permainan.

Tamat perlawanan Ex-Semsas tewas di tangan cccdt dengan skor 7-17.

Dengan itu saingan Ex-Semsas terhenti di peringkat separuh akhir.walau bagaimanapun Ex-Semsas membawa pulang saguhati tunai RM 400 kerana berjaya memasuki separuh akhir cup.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Gemilang Tudm (Blackhawk) menang 12-3 mengatasi cccdt.

Kami pulang pada malam itu selepas makan malam di Shah Alam.

Untuk pengetahuan kami terus dijemput menyertai 3 lagi kejohanan iaitu Taiping 10’s, Rompin 10’s dan Pekan 10’s. Pihak kami juga mengalu-alukan mana-mana individu atau kumpulan yang sudi menyumbangkan apa jua bentuk sumbangan untuk pasukan kami.

Secara keseluruhan, prestasi pasukan kali ini merupakan yang terbaik sepanjang tahun 2006. Namun, terdapat lagi kekurangan.masih perlu diperbaiki sebagai sebuah pasukan yang baru ditubuhkan bagi menyaingi kelab-kelab yang telah lama dan ternama di tanahair. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan semoga pasukan ini akan terus meningkat maju dan disegani pada masa-masa yang akan datang.


Sekian.

‘Terus Berjasa’




best..best.. aku tengah free ni.. bleh join rugby.. tengah menganggur ni.. Sun 16-Jul-2006 15:51
Posted by:kimi slamberjack@yahoo.com
ade no phone zaim00 x? Wed 19-Jul-2006 07:06
Posted by:HilangPunca
kepada semua pemain dan penyokong ..tahniah dan teruskan usaha murni anda ini.. Thu 3-Aug-2006 09:32
Posted by:aireb
View all 9 comments Add comment


Saturday, 17-Jun-2006 04:06 Email | Share | | Bookmark
KLINIK RAGBI SEMSAS EAGLES 2006

Oleh : Taha Azman 99

Tempat: Padang Ragbi SEMSAS Kuantan
Tarikh: 17-18 Jun 2006


Kehadiran:

1. Safarin Musa (Yien 96)
2. Muhamad Talhah Azman ( taha 99)
3. Suhail Amin ( Bapak 2003)
4. Mohd Ikhwan (Chin 2003)
5. Mohd Muhaimin (Tabla 2003)
6. Mohd Salsabil ( Sabil 2003)
7. Mohd Hafiz (Joker 2003)

Laporan Aktiviti

Pada 18-19 June 2006, Exsas Eagles yang diketuai oleh saudara Safarin Musa telah dijemput oleh Exsas untuk mengadakan satu sesi klinik ragbi buat semua peminat dan pemain ragbi di SEMSAS. Seramai 7 orang bekas pemain hadir untuk menjayakan klinik tersebut.

Tujuan asal Eagles di jemput adalah untuk memenuhi permintaan Cikgu Zulkizan, penasihat ragbi SEMSAS untuk membantu persiapan pasukan bawah 16 tahun SEMSAS yang akan bertanding di SBP 10’s yang dijadualkan pada 21-23 June 2006 di SEMESTI, Teluk Intan. Namun begitu, kami membuka sesi untuk kesemua yang yg berminat dan Alhamdulillah, selain pasukan bawah 16 tahun yang terlibat, seramai 30 orang pelajar tingkatan 1 dan dua dikumpulkan sebagai skuad pelapis bawah 15 tahun.

Kinik bermula pada 17 Jun jam 5 petang. Klinik di mulakan lewat kerana pasukan Eagles bawah 16 tahun terlebih dahulu terlibat dengan perlawanan persahabatan menentang SBPI Pekan dan SHAH Pekan. Keputusannya SEMSAS berjaya mendapat seri dan ‘memberikan’ kemenangan kepada SHAH Pekan bagi perlawanan seterusnya, Ini amat mengecewakan kami kerana sepanjang penglibatan selama 10 tahun SEMSAS tidak pernah tewas pada pasukan tersebut.

Klinik di mulakan dengan asas drill kemahiran seperti Auckland Square dan Korean pass. Seterusnya, passing drill diterapkan untuk membentuk pattern permainan pasukan B16 seperti straight, miss, loop dan inside cut pass. Gerak larian dan kemahiran membaca permainan turut dilatih.

Untuk pelajar tingkatan 1 dan 2, asas tap game di ajar sambil diselitkan dengan asas undang-undang permainan.

Pada hari kedua, latihan bermula seawal jam 7.30 pagi. Pasukan B16 dipecahkan kepada forward dan backline untuk pengkhususan kemahiran. Forward pack dilatih asas hit and pass, rucking dan tactical untuk pattern permainan. Backline pula dikerah menyempurnakan passing routine dan tactical play.

Pasukan B15 pula dilatih dengan asas kecergasan dan ketahanan yang sememangnya menjadi tradisi turun-temurun sejak kelolaan Hj Husin dan En Saridan.

Selepas minum pagi, pasukan B16 dilatih dalam shadow play kombinasi pattern forward dan backline. Mereka dilatih dalam strategi serangan dan positioning flow. Kemudian mereka diberikan defensive pattern untuk seperti marking, tackling dan covering. Pasukan B15 pula dilatih drill-drill asas serta passing play untuk kemahiran.

Sebagai penutup, kami mengadakan friendly touch footie dengan skuad bwh 18 tahun. Walau dalam panas terik dicampur tahap fitness yang rendah berbanding skuad yang baru pulang dari MSSM, keinginan bermain dan memberi contoh terbaik memberi ilham kemenangan bergaya 3 try berbalas satu.

Akhir kata, kami mengharapkan pasukan Eagles yang terbaru ini akan menyambung kembali tradisi yang semakin pupus secara kriktikal di SEMSAS dan mejadi perancangan kami untuk memantau pembangunan pasukan pelapis B15 tahun yang berjaya ditubuhkan. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada EXSAS dan SEMSAS yang memberi kepercayaan kepada kami. Tidak lupa juga terima kasih atas penginapan dan makanan yang disediakan. CHEERS !!

P/S : Di harap aktiviti ini akan dijadikan satu tradisi yang kekal bagi Exsas Eagles untuk SEMSAS Eagles. Semoga pada masa akan datang lebih ramai pemain Exsas Eagles akan menyertai aktiviti ini.

Berjumpa lagi di Kejohanan Ragbi Banting 10's 1-2 July 2006. Fri 30-Jun-2006 02:43
Posted by:Kudin
caya la eagles...good job...good luck game kt banting..eh..banting ke...ape2 jek la...good luck...dah lame sgt sepi nye fp eagles nih..... Fri 30-Jun-2006 15:11
Posted by:nidup97
Add comment


Saturday, 18-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
RAGBI JEMPUTAN PDRM 10'S , PULAPOL KL 18-19 MARCH 2006

banner kejohanan...
yien semangat pakai kasut..gama lama lagik...
bincang strategi
View all 69 photos...


Report By: Yien96

KEJOHANAN RAGBI JEMPUTAN PDRM 10 SEBELAH
18-19 MAC 2006
PULAPOL, KL


Exsas Eagles meneruskan cabaran yang ketiga pada tahun 2006 dengan menyertai kejohanan ragbi jemputan PDRM 10 sepasukan pada 18-19 Mac yang lepas di PULAPOL, Kuala Lumpur.

Kejohanan kali ini merupakan kejohanan kelas A yang disertai Exsas Eagles dan kami merasa amat bertuah dijemput dan diberi peluang dalam kejohanan tersebut.
Antara pasukan gergasi yang menyertai kejohanan tersebut adalah seperti

Kumpulan A
POLIS BERSATU
ORCA NAVY, Lumut
MUAR RC,Muar
ISKANDAR TIGERS, Perak

Kumpulan B
NS WANDERERS
X-LIONS, Shah Alam
DBKL
UTM SEMARAK KL

Kumpulan C
JLJ, Port Dickson
PRA-U SSBP, Bandar Penawar
PERANTAU, N.Sembilan
PERAK ALL STAR, Ipoh

Kumpulan D
BLACKHAWK
BANDARAYA DRAGONS
SIKAMAT GUNNERS
EXSAS EAGLES

Berikut adalah laporan perlawanan.

Pusingan Awal (18 Mac 2006)

vs SIKAMAT GUNNERS, tewas 13-18
vs BLACKHAWKS, tewas 12-36
vs BANDARAYA DRAGONS, tewas 14-28

EAGLES telah menduduki tempat keempat dalam kumpulan dan akan bermain dalam ‘Bowl Championship Pool’ pada keesokan harinya.

Pusingan Kalah Mati (19 Mac 2006)

Suku Akhir kategori BOWL

vs PERAK ALL STAR, tewas 12-17.
Seterusnya EXSAS EAGLES bermain dalam separuh akhir kategori SHIELD selepas tewas dalam pusingan suku akhir.

Separuh Akhir kategori SHIELD

vs ORCA NAVY, menang 24-5
Maka EXSAS EAGLES berjaya ke perlawanan akhir yang diadakan di padang utama PULAPOL dan disaksikan oleh YDH Tan Sri Mohd Bakri bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara selaku tetamu kehormat.

Akhir kategori SHIELD

vs SIKAMAT GUNNERS,
EXSAS EAGLES bermain agak kurang memberangsangkan pada minit-minit awal perlawanan dan membolehkan GUNNERS mendahului 0-13. Namun atas semangat juang yang tinggi dan juga sokongan penonton, EAGLES berjaya merapatkan jurang mata kepada 5-13 sebelum masa rehat separuh masa pertama.
Sejurus separuh masa kedua bersambung, EAGLES bermain dengan lebih bersemangat dan berjaya mematahkan setiap serangan yang dilakukan oleh GUNNERS.Akhirnya, hasil serangan balas dari kawasan sendiri, EAGLES berjaya meloloskan diri dari pertahanan GUNNERS dan berjaya mendapatkan try di bawah palang. Conversion berjaya disempurnakan untuk memjadikan mata 12-13. Namun, masa terlalu suntuk untuk EAGLES menambahkan mata dan selepas wisel penamat dibunyikan, EXSAS EAGLES tewas tipis kepada SIKAMAT GUNNERS, 12-13.
Dengan itu EXSAS EAGLES hanya berjaya meraih Naib Johan kejohanan.

Keputusan-keputusan kategori lain

Kategori BOWL
Johan – DBKL
Naib johan – PERAK ALL STAR

Kategori PLATE
Johan – BLACKHAWKS
Naib Johan – BANDARAYA DRAGONS

Kategori CUP
Johan bersama POLIS BERSATU dan JLJ.
Perlawanan akhir terpaksa ditamatkan kerana hujan lebat melanda Kuala Lumpur.

Sebagai rumusan kepada kejohanan kali ini, pasukan EXSAS EAGLES perlu melipatgandakan usaha untuk bersaing di arena ragbi utama di negara ini.
Namun pengalaman berharga yang diperolehi di PULAPOL diharap dapat membantu dalam pembangunan ragbi EXSAS EAGLES. Dari sinilah kita dapat melihat keupayaan kita dan dari sinilah kita perlu memperbaiki segala kekurangan untuk membentuk sebuah pasukan yang disegani. Semoga ahli keluarga EAGLES lebih bersemangat untuk menjulang nama EXSAS di persada ragbi tanahair.

Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyokong pasukan yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami di kejohanan tersebut. Ucapan terima kasih kepada Abang Mustapha Khalid yang sudi memberi sumbangan dan galakan sepanjang kejohanan. Juga kepada Bro Qisan yang turut memberikan sokongan bersama anak-anaknya, membuat rakaman perlawanan kami. Reza96 yang berjaya menjadi pemain terbaik di luar padang membantu menguruskan pasukan. Bro Zulfakar 88 yang membantu menghantar pemain pulang ke Shah Alam. Zuhdi n Emy Syazrina 95, Bob n farah 96, Mamat Jupit n shahmy 97, Saharol 98 dan rakan-rakan serta ahli keluarga yang hadir Wani, As dan Farah serta yang lain-lain. Terima kasih di atas kehadiran kalian yang memberi semangat kepada kami.

Terima kasih juga kepada Exsas yang memberikan kami satu set jersi baru bagi kegunaan kami pada masa yang akan datang.

Dan kepada semua pemain EXSAS EAGLES yang sudi meluangkan masa dan memberi komitmen kepada pasukan yang mana di sanalah kalian mengenali ragbi dan belajar erti hidup.

LET THE EAGLE’S SPIRIT LIVES ON.

Merci beaucoup (terima kasih cakap francais daaa)



Dah dapat. ok la tuh...ko buat banyak2 nanti pas kat aku.....cantik da tuh.... Mon 24-Apr-2006 02:48
Posted by:kudin96
pudin, ko buat 2 versi:
1) tulisan tu kaler hitam
2) tulisan tu kaler putih

buat jugak utk size kecik sket, ok.
Tue 25-Apr-2006 02:28
Posted by:i j a n 9 8
Pudin....
lama x tulis dlm fp ni.
ko dah buat ke sticker tu?
lagi satu ko buat terbalik supaya blh
tampal dari dlm (cermin kete)
ok.
Fri 19-May-2006 09:37
Posted by:i j a n 9 8 hadznizan@gmail.com
View all 37 comments Add comment


Saturday, 4-Mar-2006 03:31 Email | Share | | Bookmark
Homecoming @ Sirih Pulang ke Gagang di SEMSAS 4/3/2006

 
 
 
View all 66 photos...


Quote:
Tempat Terjatuh Lagi Di Kenang, Inikan Pula Tempat Bermain

well done la homecoming kali ni.aku rasa ni 1st time la homecoming ada buat game ragbi kan,so hopefully exsas eagles dpat la kita membantu adik-adik kat sekolah tu untuk kuatkan semula team eagles yang satu masa dulu menguasai ragbi di negeri pahang.insya allah usaha kan membuahkan kejayaan.. Thu 9-Mar-2006 15:19
Posted by:TimurJauh kronfeld_nz7@yahoo.com
Sapa paling tinggi dalam gambar tu?

Jawapan: 1) Pudin - tinggi rambut; 2) Sabil & Pitik - tinggi rumput.... 3) Bapak - Hidung tinggi.
Thu 9-Mar-2006 15:55
Posted by:Kacang
alaa...kacang..ko duduk mmg la x nmpak tinggi...tp ko dah biase lepak bukit permai...xpelaaa...da kire tinggi la bkt tu...kan??kan????barog...ko nk repot ape???repot polis ke???jgn la barog...kami x slh.....kami main ragbi jek..x wat pape yg slh pun..uhuhuhuh Fri 10-Mar-2006 13:37
Posted by:budin97 budin@mohngenterk.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Saturday, 4-Mar-2006 02:00 Email | Share | | Bookmark
Exsas Eagles @ Homecoming 2006

 
 
 
View all 7 photos...
koi tak banyak gambo ... cuma koi ada ambik video jek .. nanti kalau dah siap edit dengan lagu
sekali ... koi kasitau. Tahniah buat exsaseagles ... moga terus maju. koi akan terus support. Qisan88

Quote:
Kami ada menjual Exsas Eagles Tshirt berharga RM 25.00 sahaja. Sekiranya memerlukan khidmat penghantaran tambah RM 5.00. Sila hubungi Balroq 0133576198 @ Kudin 0133239359.





Ala wan, ko x leh blah kat pdg, ko belah orang la kat hospital.. hehehe... Sat 11-Mar-2006 04:42
Posted by:ijan98 hadznizan@gmail.com
weh ijan..amende ko merapu ni???bile nk lepak bkt permai lg???maksiat tul la ko ni..sng2 dtg la ke temeloh... Sat 11-Mar-2006 14:19
Posted by:budin97 budin@mohngenterk.com
ko tu pudin... bila nak dtg kl? contact2 la aku... leh gak aku layan bebeudak ask... hehehe... Mon 13-Mar-2006 02:44
Posted by:ijan98 hadznizan@gmail.com
View all 6 comments Add comment


Friday, 3-Mar-2006 03:51 Email | Share | | Bookmark
Our Current Players

Adzwan97
Amar02
Bapak03
View all 30 photos...

..... ade x pompuan main rugby?? saje tanya... Wed 22-Mar-2006 04:51
Posted by:aciex aciex@yahoo.com  - [Link]
ade.....nape? Thu 23-Mar-2006 02:44
Posted by:kudin96 budie79@yahoo.com  - [Link]
wau...
nak masuk leh??
taun nie kuar!
ok??
Fri 24-Nov-2006 11:00
Posted by:arelipes arelipes_score@yahoo.com
View all 9 comments Add comment


Saturday, 25-Feb-2006 02:42 Email | Share | | Bookmark
Kejohanan Ragbi 10's CCC UITM Johor 2006 (Segamat)

Kami dah bersedia ....Tunggu...
 
Exsas Eagles vs NS Wonderers
View all 53 photos...

Berdiri : Adzwan97, Kacang97, Sheikh95, Stood92, Kudin96, Taha99, Tiger02, Yien96, Ijan98
Duduk : Chin03, Kimmy98, Pitik03, Amar02, Kerbau05, Sabil03.

Kejohanan Ragbi 10's CCC UITM Johor 2006
25-26 Feb 2006
Uitm Johor (Segamat)


Report by : Yien96

Alhamdulillah..buat kali kedua EXSAS EAGLES menyertai kejohanan ragbi secara rasmi. Kali ini di Segamat untuk kejohanan ragbi 10 sepasukan jemputan Canterbury-Uitm cawangan Johor pada 25-26 Feb 2006 bertempat di kompleks sukan Uitm Johor kampus Segamat.

Kami bertolak pada jumaat malam dengan 2 buah kereta (satria kudin dan wira kacang) dari Kuala Lumpur.Berhenti di Seremban, kami berehat di Senawang untuk menagambil Adzwan97 dan di Ayer Keroh untuk menagmbil kimmy98.Tiba di segamat jam 12.30 tgh mlm.Kami menetap di Hotel Sri Pelangi. Di hotel, kerbau05 aka kerb telah sampai dari kuantan pada petang tersebut.

Manakala sebuah lagi kereta (wira yien96) telah bertolak awal pada petang jumaat untuk mengambil 2 pemain di Uitm jengka.Berhenti di gambang, mereka telah berjumpa dengan che wan 01, untuk menghantar jersi merah. Che wan akan bertolak ke australia pada hari ahad. Malam itu, mereka telah bermalam di rumah yien di Keratong.

Semua telah berkumpul di hotel pada pagi sabtu dengan menghimpunkan 14 pemain dari 9 batch. 92-stood, 95-arab, 96-kudin,yien, 97-kacang,adzwan bakar, 98-ijan, 99.talhah,chap (datang malam sabtu) 02-amar,tiger, 03-sabil,pitik,chin, 05-kerb.kami bersarapan dengan roti canai yang di sponsor oleh bapak yien dari keratong (50 keping abis wooo).

Sebanyak 32 pasukan dari IPT dan kelab telah menyertai kejohanan ini. EXSAS EAGLES telah di undi dalam kumpulan H bersama VIKING mersing, Uitm Penang (SUKMA Penang) dan MMU vuklen 'A'. berikut adalah laporan perlawanan:-

Perlawanan pertama vs VIKING Mersing yang membariskan pemain-pemain dari alumni Sains Johor (SAJOHA), EAGLES menang 7-0.

perlawanan kedua vs UiTM Penang yang membariskan pemain-pemain untuk permilihan SUKMA PENANG, EAGLES menang 10-5.

perlawanan ketiga vs MMU Vulkens 'A' yang telah menjuarai kategori Bowl MASUM 7's dua minggu lepas, EAGLES menang 14-0.

dengan itu EXSAS EAGLES telah menjuarai kumpulan H dan akan bersaing dalam kategori kumpulan menang atau CUP pada keesokan harinya.

untuk peringkat suku akhir CUP, EAGLES telah diundi bertemu NS Wanderers 'A' pasukan faveret kejohanan yang menjuarai kumpulan C.

berbekalkan semangat juang yang tinggi, EXSAS EAGLES turun ke padang untuk memenangi perlawanan tersebut. EAGLES telah mendapat try di penjuru padang pada minit pertama perlawanan dengan larian pantas chin yang berjaya melepaskan kekangan barisan belakang NSW yang diketuai oleh pemain Malaysia, Farid aka Ujang. Sheikh gagal melakukan conversion.
selepas itu EAGLES semakin hebat menggasak kubu NSW dan juga berjaya mematahkan setiap serangan yang dilakukan oleh NSW. NSW terpaksa memasukkan bekas pemain Malaysia, Leman untuk membantu barisan hadapan NSW yang gagal menembusi kubu EXSAS EAGLES.walaubagaimanapun pengalaman pemain tersebut berjaya juga mengatasi pertahanan EAGLES dan berjaya mendapat try di bawah palang. conversion berjaya di sempurnakan oleh Ujang.

Selepas wisel penamat dibunyikan, EXSAS EAGLES tewas tipis di tangan NSW dengan mata 5-7. EAGLES gagal meneruskan laluan ke peringkat separuh akhir.

Maka berakhirlah misi EAGLES dalam kejohanan kali ini. Walaupun gagal mendapat sebarang pingat, tetapi pengalaman bersaing dengan salah sebuah kelab terkemuka di Malaysia adalah begitu berharga dan berkemungkinan perlawanan tersebut akan diingati oleh NSW. Nama EXSAS EAGLES juga akan bermain di mulut setiap pemain yang menyaksikan perlawan tersebut. Dan kehadiran pasukan kita juga telah disedari ramai…..

Kami telah bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.

Secara keseluruhan kejohanan kali ini telah disertai dengan jayanya oleh pemain EXSAS EAGLES.Terima kasih di ucapkan kepada senior Hazlan Yusof 93 yang membantu kami untuk kejohanan kali ini. begitu juga eddy kirin,nawi dan mat jupit dari batch 97 dan jani dari batch 02 yang memberi sokongan kepada kami.

Melalui kejohanan ini juga kami telah diundang untuk menyertai Kejohanan anjuran PDRM di PULAPOL pada bulan Mac nanti.

Para pemain diharap dapat melipat gandakan usaha untuk bersaing dalam kancah ragbi yang lebih kompetitif pada masa akan datang. terima kasih diucapkan kepada individu yang telah menyokong usaha kami. MERCI




firstly sori coz x dpt bg komitmen sampai korang habis game tp bila aku dengar korang kalah tipis ngan NSW, aku dah t'bayang nama EAGLES akan meletop dlm tempoh terdekat...... Sat 4-Mar-2006 02:45
Posted by:lebah97
ye...aku stuju dgn kate2 paimin tu...caya la pai.....go paimin go Sun 5-Mar-2006 14:40
Posted by:no.26 heartwork98@hotmail.com  - [Link]
semoga berjaya eagle dari johor Mon 30-Oct-2006 07:02
Posted by:izumie
View all 14 comments Add comment


Saturday, 4-Feb-2006 04:34 Email | Share | | Bookmark
KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH TERTUTUP PAHANG 2006

Warm up....
Sapa baju putih tu...
Trening sikit
View all 10 photos...

EXSAS EAGLES A
Berdiri : Faez99, Taha99, Yien96, Kudin96, Tiger02, Ijan98
Duduk : Chin03 , Bapak03, Tabla03, Pitik03, Sabil03

KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH TERTUTUP PAHANG 2006
4-5 FEBRUARI 2006
PADANG MPK 2, KUANTAN, PAHANG



Report By : Kudin96

Pasukan EXSAS EAGLES yang disertai oleh 100% bekas pelajar SEMSAS telah menghantar 2 pasukan iaitu A dan B untuk menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini merupakan penyertaan sulung rasmi bagi EXSAS EAGLES. Berikut adalah keputusan ringkas sepanjang kejohanan tersebut:

EXSAS EAGLES A
Peringkat Kumpulan
Vs Keratong menang 15-0
Vs Polis pahang menang 15-7
Vs ILP A menang 55-0
Vs TUDM menang 12-0

Berjaya menjadi johan kumpulan C

Quarter Final
Vs Pekan menang 31-0

Semi Final
Vs KUKTEM Seri 7-7
(Tambahan masa) kalah 0-5

*Walaubagaimanapun EXSAS EAGLES A berjaya merangkul anugerah fairplay berupa trofi dan tunai RM 150.


EXSAS EAGLES B
Peringkat Kumpulan
Vs Kuantan Salvo menang 43-0
Vs Armor menang 19-0
Vs Polisas A menang 10-0
Vs Pekan seri 7-7

Berjaya menjadi johan kumpulan A

Quarter Final
Vs TUDM kalah 0-7

Semi Plate
Vs ILP B kalah 5-12


Pasukan Exsas EAGLES merakamkan ribuan terima kasih kepada warga EXSAS yang sudi turun padang memberikan sokongan antaranya Cikgu Hussin, En Saridan, Bro Mus, Bro Al Taher dan lain-lain yang mungkin kehadirannya tidak kami sedari. Terima kasih juga kepada yang sudi memberikan sumbangan ikhlas bagi meringankan bebanan perbelanjaan kami.

Harapan kami semangat begini diteruskan dan sentiasa mendapat sokongan warga EXSAS walau di mana kami bertanding.

Untuk pengetahuan, kami akan menyertai Kejohanan Ragbi 10’s di Segamat pada 25-26 Feb ini.

Sekian.

‘Majulah sukan untuk EXSAS’





EXSAS EAGLES B
Berdiri : Roza01, Jama01 , Safwan96, Medan98, Zaim00, Nik96, Joker03
Duduk : Che Wan01, Kama00, Kimi98, Pudin97, Bar 03, Mohd05

sian kimi...moto ilang..sabor jek la kimi..tu jek yg mampu koi ckp...uhuhuhuhuk Mon 20-Feb-2006 13:49
Posted by:pudin97 heartwork98@hotmail.com  - [Link]
minor... derang training rabu malam kat shah alam... dekat ngan masjid shah alam... dtg la... boley aku menuntut ilmu amek gambar ngan ko.... Tue 21-Feb-2006 06:02
Posted by:ja  - [Link]
gud job guys!! sorri aa , xleh join g kuantan skali.. next time kay.... Tue 21-Feb-2006 10:03
Posted by:++ farra 96 ++
View all 13 comments Add comment


Sunday, 22-Jan-2006 03:39 Email | Share | | Bookmark
UPM 12TH COLLEGE-CARISBROOK TOUCH FOOTIE 2006

 
 

Berdiri : Balroq97, Ijan98, Kudin96, Kimi98, Taha99, Chin03, Yien96
Duduk : Tabla03, Chap99, Bean97, Bapak03, Bar03

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

EXSAS EAGLES telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Sentuh UPM 12th College-Carisbrook Touch Footie 2006 yang telah berlangsung pada 22 januari 2006 (Ahad) bertempat di Padang UPM Serdang, Selangor.

Kejohanan ini dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kategori Men Open, Ladies, Mixed dan juga Veteran (above 32 years old).

EXSAS EAGLES telah menyertai kejohanan tersebut dalam kategori Men Open. Semua dijemput hadir.

Keputusannya kalah semua perlawanan kerana tournament touch merupakan sesuatu yang baru bagi kami. Namun kami dapat menjadikannya satu platform untuk merealisasikan pasukan EXSAS EAGLES dan merasmikan jersi pertama kami.

Terima kasih buat senior yang datang Qisan88 dan Bro Rahman Abdullah kerana sudi turun padang dan belanja kami makan.

by:

Kudin




Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.