 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Exsas Eagles's FotoPage
 By: Exsas Eagles Rugby Club
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 5-Aug-2007 02:03 |
Email | Share | Bookmark |
|
EXSAS Eagles Vs MCOBA Tortoises
|
|
LIGA ALUMNI KEBANGSAAN 2007
EXSAS Eagles bertemu MCOBA Tortoises.
5hb Ogos 2007, 5 petang, Padang Utara PJ.
Ragbi Liga Alumni Kebangsaan musim 2007 telah bermula hujung minggu yang lepas. Exsas Eagles menyahut cabaran edisi kali ini bersama 8 lagi pasukan yang akan berentap dalam 2 kumpulan. Eagles selaku naib juara perdana musim lepas terpilih mengungguli kumpulan B bersama juara kumpulan B tahun lepas MCOBA, ANSARA, STJOB dan OPA.
Sementara Kumpulan A, juara berganda 2006, SMSOB akan cuba dicabar oleh SDARA, HSKOB dan pasukan baru SAJOHA (Alumni SMS Johor).
Perlawanan pertama Eagles petang Ahad yang lepas bertemu MCOBA, Eagles terpaksa pulang hampa dengan kekalahan 0-28.
Eagles kehilangan beberapa pemain tonggak kerana komitmen kerja dan kecederaan. Antaranya ialah Talhah, Ijan, Zaim, Amar, Ucop dan Tiger.
Beberapa muka baru dipanggil menyertai skuad. Ucapan selamat datang kepada Adli dari ATMA, Fais Mislan, Pidot dari Tanjung Malim, Meor dan Fahmi. Terima kasih kepada Faez Alias yang membawa mereka menyertai kelab.
Secara keseluruhan permainan Ahad lalu dikuasai oleh MCOBA dari pelbagai segi. Persiapan awal, barisan pemain, warm-up, game play, forwards and backs ‘synchronization’ , semangat dsb..semuanya serba menjadi. Eagles pula seperti kurang elemen-elemen kesukanan (determination, sacrifice, effort) untuk mencabar ditambah dengan hilangnya beberapa pemain tonggak.
Awal separuh masa pertama, permainan agak seimbang dengan serang menyerang dari kedua-dua pasukan. Namun, Eagles agak tersentak dengan protes dari luar padang terhadap pemain Eagles, Faez Alias yang diminta ditukar dengan segera. Mag masuk menggantikan Faez di posisi centre. Selepas kejadian tersebut Eagles seperti hilang momentum dan terpaksa bertahan di ‘territory’ sendiri.
3 mata pertama berjaya dipungut oleh MCOBA hasil penalti dan tidak lama dari itu satu try berjaya diperolehi di sebelah kiri kawasan padang Eagles.
Separuh masa pertama, Eagles ketinggalan 0-8.
Masuk separuh masa kedua, Faez dibenarkan masuk semula dengan syarat Chin dikeluarkan. Kemasukan Faez adalah kerana pihak MCOBA juga memasukkan pemain Piala Agong mereka, Ezmir (kurang pasti nama sebenarnya). Pidot masuk manggantikan Din di posisi hooker. Mag mengambil tempat Apit di posisi outside centre dan Faez di posisi asalnya inside centre. Apit mengambil tempat Chin.
Walaubagaimanapun, kelebihan tetap bersama MCOBA yang bertindak kemas dalam ‘line-out’ dan ‘scrum’. Asakan demi asakan dilakukan di kubu Eagles dan akhirnya berjaya meloloskan diri untuk mendapat try yang kedua.
Bakhtiar yang agak lewat sampai masuk menggantikan Yien di posisi front row dan Kudin pula menggantikan Fais Mislan di bahagian second row. Namun MCOBA terus ghairah menyerang dan berjaya mendapat satu try lagi.
Eagles cuba bangkit dengan menggunakan kelebihan barisan ‘back’ mereka yang agak pantas. 2 serangan di sebelah kiri dan kanan kawasan MCOBA berjaya dilakukan tetapi penyudahan yang kurang kemas menafikan Eagles dari mendapat try. Sebaliknya hasil serangan kilat, MCOBA berjaya mendapat satu lagi try menjadikan kedudukan 28-0 memihak kepada MCOBA.
Tamat perlawan pertama kedua-dua pasukan, MCOBA bersorak girang membawa pulang 3 mata penuh dan Eagles hanya mampu mendapatkan 1 mata saguhati.
Keputusan tersebut melonjakkan MCOBA sebagai pendahulu liga kumpulan B diikuti OPA, STJOB, EXSAS dan ANSARA yang masih mempunyai 1 perlawanan di tangan.
Dalam kumpulan A, SMSOB bergaya memenangi perlawanan bertemu pasukan SAJOHA yang pertama kali menyertai liga, 17-5.
Dalam sessi warm down dan post-mortem, Eagles diminta bekerja agak keras dan meneruskan komitmen dalam perlawanan seterusnya. Segala kelemahan dan kekurangan harus diperbaiki segera dan berharap agar Eagles akan lebih agresif dalam persaingan merebut tempat teratas dalam liga.
Berikut adalah pemain-pemain EXSAS EAGLES
15- Sopeh
14- Adli
13- Faez
12- Apit
11- Chin
10- Kerbau
09- OC
08- Bapak
07- Bar
06- Tabla
05- Fahmi
04- Fais Mislan
03- Yien
02- Din
01- Meor
Reps
01- Pidot (masuk menggantikan Din)
02- Mag (masuk menggantikan Faez)
03- Bakhtiar (masuk menggantikan Yien)
04- Kudin (masuk menggantikan Fais Mislan)
Kredit kepada penyokong-penyokong EXSAS EAGLES yang turut sama memberi sokongan terutama juru gambar pasukan, Reza dan Hahzam.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|