Want your
own Fotopage?







 
Exsas Eagles's FotoPage

By: Exsas Eagles Rugby Club

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Aug-2007 09:02 Email | Share | Bookmark
EXSAS EAGLES vs STJ OLD BOYS WARRIORS

RAGBI LIGA ALUMNI KEBANGSAAN 2007
26 Ogos 2007, 4.45 petang, Padang Utara

Perlawanan ketiga Eagles selepas gagal dalam perlawanan minggu lepas bertemu OPA kerana tidak dapat menyediakan cukup pemain. STJOB juga tewas 2 perlawanan awal dan keputusan perlawanan ini akan menentukan ranking kumpulan. Kedua-dua pasukan perlu mengelak dari mendapat tempat ke-4 kumpulan kerana dalam suku akhir Piala Perdana, pasukan ke-4 dijadualkan bertemu dengan johan kumpulan A, berkemungkinan besar SMSOB.

Eagles bersedia lebih awal dengan kehadiran semula Amar yang baru pulih dari harmstring dan juga Zaim selaku pack-leader.

Sabil hadir ke padang dari Jengka dan Pidot dari Tanjung Malim untuk sama-sama membantu pasukan. Chin terlibat dengan KRM Youth 7s bersama pasukan N.Sembilan.

Eagles bermula garang dengan permainan pantas barisan back dan membuka papan skor dengan try dari Amar di bawah tiang. Salsabil tenang menambah 2 lagi mata melalui tendangan conversion.

Sabil sekali lagi berjaya menembusi barisan pertahanan Warriors hasil gerakannya bersama Amar dengan try kedua juga di bawah tiang. OC menyempurnakan conversion.

Barisan forward yang diketuai oleh Zaim memenangi hampir kesemua line-out dan ini memperkemaskan lagi serangan Eagles. Hasil larian lincah Kerbau dari tengah padang, membuka ruang kepada Fais Mislan melakukan try yang ke 3. OC sekali lagi tenang menyempurnakan conversion.

Mendahului 21-0 menyebabkan STJOB menggandakan asakan melalui forwardnya yang mempunyai kelebihan dari segi saiz. Namun, Eagles berjaya menyerap tekanan sewaktu scrum dengan pantas mengeluarkan bola ke barisan belakang.

Separuh masa ke-2, Amar tidak dapat meneruskan permainan dan Pidot dimasukkan mengambil posisi inside centre. Sabil bermain di posisi stand-off.

Asakan demi asakan dilakukan oleh forward STJOB dan Eagles ternyata keletihan dalam bertahan. Dan ini membuka peluang STJOB mendapatakan mata pertama 7-21.

Kegagalan Eagles melakukan clearance kemas dalam kawasan sendiri menyebabkan STJOB makin ghairah merapatkan jurang dan berjaya melakukan try-2. Conversion oleh Megat menjadikan jurang mata semakin rapat 14-21.

Namun kegagalan barisan back melakukan penyudahan yang kemas menyelamatkan Eagles dari dibolosi dan tamat masa permainan Eagles berjaya menewaskan STJOB dengan 21-14.

Kejayaan membawa pulang 3 mata penuh membolehkan Eagles berada di tempat ke-3 dan STJOB di tempat ke-4. Dalam perlawanan seterusnya, MCOBA berjaya menewaskan OPA dalam keadaan luar padang yang dibanjiri oleh ramai Old Boys mereka.

Perlawanan suku akhir Piala Perdana akan dilangsung selepas hari raya. Dan ini membolehkan pasukan Eagles bercuti panjang sambil merancang untuk perlawanan kalah mati nanti.

Secara keseluruhan permainan basic yang ditunjukkan membantu secara langsung. Backline menunjukkan peningkatan yang positif. Pantas mengambil peluang adalah aset yang utama. Teknik bertahan masih kurang dan perlu diperbaiki.

Forward melakukan line-out dengan baik dan sesekali berjaya mencuri bola STJOB. Teknik scrum secara pantas juga baik. Ternyata pemain kita tidak mampu menahan tolakan forward STJOB yang jauh mempunyai kelebihan. Pertahanan sewaktu ruck perlu diperbaiki. STJOB jelas mengambil peluang dari kekurangan kita itu.

Berikut adalah barisan pemain EXSAS EAGLES.

15-KERBAU
14-APIT
13-MAG
12-OC
11-SABIL
10-AMAR
09-TABLA
08-ZAIM
07-BAR
06-ADAM
05-FAIS
04-KACANG
03-BAKHTIAR
02-BAPAK
01-YIEN

REPS
01-PIDOT masuk menggantikan AMAR
02-LAT masuk menggantikan FAIS
03-JAIP masuk menggantikan BAR
04-DIN(downline Zaim) masuk menggantikan YIEN
05-BESUT masuk menggantikan KACANG
06-KUDIN

Sekian terima kasih.

y i e n


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.