 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Exsas Eagles's FotoPage
 By: Exsas Eagles Rugby Club
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 20-Nov-2007 02:54 |
Email | Share | Bookmark |
|
SUKU AKHIR PIALA PERDANA, RAGBI LIGA ALUMNI KEBANGSAAN 2007
|
|
EXSAS EAGLES vs HSKOB OSTRICHS
18 November 2007, Padang Utara, PJ
Suku akhir ketiga diantara musuh ketat EXSAS Eagles dan HSKOB Ostrichs berlangsung semalam dengan keadaan cuaca yang cukup baik. Terdahulu pada hari Sabtu, OPA dan SMSOB menepati ramalan melangkah masuk ke peringkat separuh akhir Perdana selepas menundukkan SAJOHA dan STJOB Warriors.
Separuh masa pertama Eagles terpaksa bermain dengan 13 orang pemain selepas pemain yang lain menhadapi masalah trafik.
Walaubagaimanapun Eagles membuka skor pertama hasil permainan pantas back-line dan membuka ruang kepada Jaid 05 melakukan try. OC gagal menyempurnakan conversion.
Pertengahan separuh masa pertama, Kacang dan pemain jemputan, Peyek mencukupkan 15 orang pemain di padang.
HSKOB yang ternyata mempunyai kelebihan dengan permainan forward berjaya menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat.
Separuh masa kedua, Faeez dan Amar masuk menggantikan Jaid dan Paren dan mebuka banyak ruang untuk permainan terbuka. Namun kesilapan Peyek yang gagal mengeluarkan bola dari sepakan penalti membolehkan HSKOB melakukan larian pantas di sebelah kiri padang yang tidak dikawal oleh pertahanan Eagles.
Tersentak dengan try tersebut, Eagles pantas membalas sekali lagi hasil larian pantas back-line dan Chin melakukan try kedua untuk menyamakan kedudukan. Amar tenang menyempurnakan conversion untuk mendahului 12-10.
Permainan selepas itu tegang dengan HSKOB menggandakan asakan melalui forwardnya yang mempunyai saiz fizikal yang lebih besar. Namun, Eagles menunjukkan kualiti bertahan yang agak memberangsangkan dengan mematahkan setiap asakan.
Sebelum tamat permainan, Eagles memastikan kemenangan di pihak mereka hasil serangan yang bermula dengan tendangan Peyek kedalam kawasan 22 HSKOB selepas melihat mempunyai ruang kosong yang tidak dikawal. Fullback HSKOB terpaksa melakukan kesalahan dengan tidak melepaskan bola selepas diasak oleh 2 pemain Eagles. Pengadil, Encik JJ menghadiahkan penalti kepada Eagles. Faeez pantas melakukan tap dan melakukan try di bawah palang.Amar melengkapkan kemenangan bergaya Eagles hasil conversion untuk menundukkan HSKOB 19-10.
Lawan Eagles di separuh akhir adalah SDARA Lions yang menundukkan MCOBA Tortoises. Separuh akhir akan berlangsung dalam 2 minggu lagi.
Ucapan terima kasih kepada pemain yang menunjukkan semangat 'never say die'. Kepada penyokong tetap, Bro Qisan dan Bro Samsi terima kasih atas kehadiran saudara. Juga kepada penyokong batch 94, Itor, Bai, Fuad dan Pet, kehadiran kali benar-benar menceriakan suasana. Juga terima kasih kepada Talhah, walaupun tidak dapat hadir atas urusan kerja, namun tetap menyokong dan menyumbangkan sesuatu kepada pasukan.Terima kasih daun keladi.
Berikut adalah pemain-pemain yang memperolehi cap suku akhir Liga Alumni.
15- KErBAU
14- JAID
13- OC
12- PEYEK (ex SM ZAABA, NS)
11-CHIN
10-TABLA
09- KUDIN
08- BAPAK
07- KUDIN JR. (ex- SMS KUALA SELANGOR)
06- SOPEH
05- FAIS
04- KAPLA
03- KACANG
02- PAREN
01- YIEN
REPS
01- FAEEZ masuk menggantikan Jaid
02- AMAR masuk menggantikan OC
03- FAHMI masuk menggantikan Paren
Sekian.
YIEN
Exsas Eagles Rugby
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|