Want your
own Fotopage?







 
Exsas Eagles's FotoPage

By: Exsas Eagles Rugby Club

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Dec-2007 05:26 Email | Share | Bookmark
SEPARUH AKHIR PIALA PERDANA, RAGBI LIGA ALUMNI KEBANGSAAN 2007

EXSAS EAGLES vs SDARA LIONS
02 Disember 2007, Padang Utara, PJ

HAMPIR SEMPURNA. Noktah.

Itulah rumusan terbaik yang dapat diungkapkan dalam perlawanan separuh akhir 2 Ahad yang lepas. Sehari sebelum EAGLES turun ke padang dalam usaha melakar sejarah layak ke final buat kali kedua berturut-turut, SMSOB menepati ramalan ke final selepas menundukkan OPA.

Eagles kali ini lebih bersedia. Bermula dengan kehadiran hampir kesemua pemain utama kecuali Paren yang mengalami kecederaan, OC yang mengharungi peperiksaan dan Zaim dan Tiger yang masih lagi mempunyai komitmen kerja.

Barisan forward Eagles diketuai oleh Faeez dan barisan back dikemudi oleh Amar mula menunjukkan kegarangannya seawal sepak mula. Namun SDARA berjaya menyerap setiap asakan Eagles. SDARA yang diwakili oleh beberapa pemain NS Junior berjaya meloloskan diri dari pertahanan Eagles untuk mendapatkan try pertama permainan dan menambah 2 mata lagi melalui tendangan conversion.

Tersentak dengan permainan pantas Lions, Eagles memperkemaskan setiap serangan dan winger cemerlang, Chin melakukan try untuk merapatkan jurang. Amar gagal menyempurnakan conversion.

Tamat separuh masa pertama, Lions mendahului Eagles 7-5.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan Eagles sekali lagi dan try kedua oleh Tabla hasil asakan Kapla yang turun dari JB semata-mata untuk bermain di separuh akhir tersebut. Sabil berjaya menambah 2 mata lagi untuk mendahului 12-7.

Lions melakukan tendangan penalti untuk merapatkan kedudukan 10-12.

Kerbau mempamerkan larian yang cukup bergaya hari itu dan melakukan try ke-3. Sabil gagal melakukan conversion. Eagles kini mendahului 17-10.

Pertahanan Eagles sekali lagi dirobek oleh kepantasan pemain-pemain backs Lions dan berjaya menyamakan kedudukan hasil try dan conversion di bawah post.

5 minit sebelum tamat, Kerbau sekali lagi menjadi wira Eagles hasil try menarik di sebelah kiri padang. Tendangan conversion Peyek gagal.

Dan Eagles mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas flanker gantian, Shah mencuri kesempatan hasil kegugupan serangan Lions untuk kedudukan selesa 27-17. Peyek sekalilagi gagal menambah mata.

Tamat permainan, cengkaman Eagles berjaya menjinakkan ngauman ganas Lions dengan mata 27-17.

Eagles mempunyai 2 minggu untuk melengkapan diri dalam misi balas dendam ke atas SMSOB di pentas final Piala Perdana 2007.

Berikut barisan wira Skuad Helang

01 – TEH * (anak bekas jurulatih SEMSAS, En.Saridan)
02 – SOPEH
03 – BAKHTIAR
04 – FAIS
05 – KAPLA
06 – KJr (Kudin Junior)
07 – FAEEZ
08 – BAPAK
09 – TABLA
10 – AMAR
11 – CHIN
12 – PEYEK
13 – SABIL
14 – APIT
15 – KERBAU


Reps

01 – SHAH masuk menggantikan KJr
02 – POMAN 05 * masuk menggantikan Fais
03 – KACANG masuk menggantikan Kapla
04 – IJAN masuk menggantikan Bakhtiar
05 - MAG masuk menggnatiakn Apit
06 – JAID masuk menggantikan Sabil
07 – MUAZ
08 – USOP (ex- SHAH Pekan)
09 – PAREN (cedera)
10 – KUDIN
11 – YIEN

( * untuk penampilan pertama bersama Eagles)

Ucapan terima kasih kepada Bro Qisan dan juga penyokong Eagles. Kejayaan kali ini menunjukkan komitmen dan usaha yang berterusan para pemain dan penyokong.

Sekian.

YIEN
Exsas Eagles Rugby


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.