Want your
own Fotopage?








 
Exsas Eagles's FotoPage

By: Exsas Eagles Rugby Club

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Sunday, 5-Aug-2007 02:03 Email | Share | | Bookmark
EXSAS Eagles Vs MCOBA Tortoises

LIGA ALUMNI KEBANGSAAN 2007
EXSAS Eagles bertemu MCOBA Tortoises.
5hb Ogos 2007, 5 petang, Padang Utara PJ.

Ragbi Liga Alumni Kebangsaan musim 2007 telah bermula hujung minggu yang lepas. Exsas Eagles menyahut cabaran edisi kali ini bersama 8 lagi pasukan yang akan berentap dalam 2 kumpulan. Eagles selaku naib juara perdana musim lepas terpilih mengungguli kumpulan B bersama juara kumpulan B tahun lepas MCOBA, ANSARA, STJOB dan OPA.
Sementara Kumpulan A, juara berganda 2006, SMSOB akan cuba dicabar oleh SDARA, HSKOB dan pasukan baru SAJOHA (Alumni SMS Johor).

Perlawanan pertama Eagles petang Ahad yang lepas bertemu MCOBA, Eagles terpaksa pulang hampa dengan kekalahan 0-28.

Eagles kehilangan beberapa pemain tonggak kerana komitmen kerja dan kecederaan. Antaranya ialah Talhah, Ijan, Zaim, Amar, Ucop dan Tiger.

Beberapa muka baru dipanggil menyertai skuad. Ucapan selamat datang kepada Adli dari ATMA, Fais Mislan, Pidot dari Tanjung Malim, Meor dan Fahmi. Terima kasih kepada Faez Alias yang membawa mereka menyertai kelab.

Secara keseluruhan permainan Ahad lalu dikuasai oleh MCOBA dari pelbagai segi. Persiapan awal, barisan pemain, warm-up, game play, forwards and backs ‘synchronization’ , semangat dsb..semuanya serba menjadi. Eagles pula seperti kurang elemen-elemen kesukanan (determination, sacrifice, effort) untuk mencabar ditambah dengan hilangnya beberapa pemain tonggak.

Awal separuh masa pertama, permainan agak seimbang dengan serang menyerang dari kedua-dua pasukan. Namun, Eagles agak tersentak dengan protes dari luar padang terhadap pemain Eagles, Faez Alias yang diminta ditukar dengan segera. Mag masuk menggantikan Faez di posisi centre. Selepas kejadian tersebut Eagles seperti hilang momentum dan terpaksa bertahan di ‘territory’ sendiri.

3 mata pertama berjaya dipungut oleh MCOBA hasil penalti dan tidak lama dari itu satu try berjaya diperolehi di sebelah kiri kawasan padang Eagles.

Separuh masa pertama, Eagles ketinggalan 0-8.

Masuk separuh masa kedua, Faez dibenarkan masuk semula dengan syarat Chin dikeluarkan. Kemasukan Faez adalah kerana pihak MCOBA juga memasukkan pemain Piala Agong mereka, Ezmir (kurang pasti nama sebenarnya). Pidot masuk manggantikan Din di posisi hooker. Mag mengambil tempat Apit di posisi outside centre dan Faez di posisi asalnya inside centre. Apit mengambil tempat Chin.

Walaubagaimanapun, kelebihan tetap bersama MCOBA yang bertindak kemas dalam ‘line-out’ dan ‘scrum’. Asakan demi asakan dilakukan di kubu Eagles dan akhirnya berjaya meloloskan diri untuk mendapat try yang kedua.
Bakhtiar yang agak lewat sampai masuk menggantikan Yien di posisi front row dan Kudin pula menggantikan Fais Mislan di bahagian second row. Namun MCOBA terus ghairah menyerang dan berjaya mendapat satu try lagi.

Eagles cuba bangkit dengan menggunakan kelebihan barisan ‘back’ mereka yang agak pantas. 2 serangan di sebelah kiri dan kanan kawasan MCOBA berjaya dilakukan tetapi penyudahan yang kurang kemas menafikan Eagles dari mendapat try. Sebaliknya hasil serangan kilat, MCOBA berjaya mendapat satu lagi try menjadikan kedudukan 28-0 memihak kepada MCOBA.

Tamat perlawan pertama kedua-dua pasukan, MCOBA bersorak girang membawa pulang 3 mata penuh dan Eagles hanya mampu mendapatkan 1 mata saguhati.

Keputusan tersebut melonjakkan MCOBA sebagai pendahulu liga kumpulan B diikuti OPA, STJOB, EXSAS dan ANSARA yang masih mempunyai 1 perlawanan di tangan.

Dalam kumpulan A, SMSOB bergaya memenangi perlawanan bertemu pasukan SAJOHA yang pertama kali menyertai liga, 17-5.

Dalam sessi warm down dan post-mortem, Eagles diminta bekerja agak keras dan meneruskan komitmen dalam perlawanan seterusnya. Segala kelemahan dan kekurangan harus diperbaiki segera dan berharap agar Eagles akan lebih agresif dalam persaingan merebut tempat teratas dalam liga.

Berikut adalah pemain-pemain EXSAS EAGLES

15- Sopeh
14- Adli
13- Faez
12- Apit
11- Chin
10- Kerbau
09- OC
08- Bapak
07- Bar
06- Tabla
05- Fahmi
04- Fais Mislan
03- Yien
02- Din
01- Meor

Reps
01- Pidot (masuk menggantikan Din)
02- Mag (masuk menggantikan Faez)
03- Bakhtiar (masuk menggantikan Yien)
04- Kudin (masuk menggantikan Fais Mislan)

Kredit kepada penyokong-penyokong EXSAS EAGLES yang turut sama memberi sokongan terutama juru gambar pasukan, Reza dan Hahzam.


Saturday, 5-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Satang SMSS 10's ke 15, 2007

 
 
 
View all 33 photos...




KEJOHANAN RAGBI SATANG-SMSS 10 SEPASUKAN 2007
5-6 MEI 2007, PADANG WEMBLEY, SMS SELANGOR, CHERAS.

Buat pertama kali pasukan ragbi EXSAS EAGLES dijemput ke kejohanan yang mempunyai prestij yang tersendiri. Kejohanan yang berusia 15 tahun itu (kali pertama waktu aku form 2,main bawah 15) terbahagi kepada 3 kategori, bawah 14(12 pasukan),bawah 17(12 pasukan) dan kelab bekas pelajar(15 pasukan).

EXSAS bermain dalam kumpulan L bersama semi-finalist tahun lepas SEMSIRA( Alumni SMK Syed Sirajuddin, Perlis) dan SAAS Old Boys(SM Sultan Abdul Aziz,Kajang).

Dalam perlawanan pertama EXSAS berjaya menumpaskan SAAS OB, 5-0.

Dalam perlawanan kedua bertemu SEMSIRA, EXSAS tewas 7-12.

Tamat pusingan awal menyaksikan EXSAS berada di ranking yang ke-7 dari 15 buah pasukan dan layak ke peringkat Cup/Plate.

R1- SAHOCA
R2- SMSOB
R3- ASAS
R4- SEMSIRA
R5- KOBOYS
R6- SEMESTA
R7- EXSAS
R8- KYSERS
R9- ANSARA
R10- SDARA
R11- VIOBA
R12- SAASOB
R13- STJOBA
R14- OLD STINGERS
R15- ECOB

Dalam suku akhir Cup/Plate, EXSAS bertemu 'arch-rival' yang juga tuan rumah,SMSOB. Perlawanan tersebut disifatkan sebagai perlawanan terbaik EXSAS EAGLES musim 2007 buat setakat ini oleh kebanyakan penyokong setia pasukan. Walaubagaimanapun, nasib masih belum dapat memihak kepada EAGLES selepas SMSOB berjaya mendapat try di saat-saat akhir perlawanan. EXSAS sekali lagi tewas 0-5.

EXSAS kemudian layak ke peringkat separuh akhir plate, bertemu musuh tradisi di negeri Pahang, pasukan SEMESTA yang diwakili oleh Saudara Afzal (BAR), winger pasukan EXSAS dalam Liga Alumni. EXSAS menang 10-0.

Akhir Plate menemukan EXSAS dengan KOBOYS (SMK Taman Kosas Old Boys). Tekanan perlawanan akhir, mungkin mencacatkan sedikit rentak persembahan EXSAS yang terpaksa akur dengan permainan psikologi KOBOYS. EXSAS tewas 0-10.

Tamat kejohanan kali ke-15 dengan menyaksikan, juara bertahan,SAHOCA (Sultan Abdul Hamid Old Collegian) sekali lagi merangkul kejuaraan Cup buat kali yang ke-9. SAHOCA menang 12-0 ke atas ASAS.

Peringkat Bowl, menemukan musuh tradisi Negeri Sembilan, STJOBA dan SDARA. SDARA menang 12-5.

Bawah 14, Johan Cup SDAR yang menewaskan SMSS 'A', 10-0.

Bawah 17, Johan Cup SMSS 'A' yang menghampakan SSAS di minit akhir perlawanan. SMSS 'A' menang, 7-5.

Berikut adalah senarai pemain pasukan EXSAS EAGLES.

01- Talhah
02- Tiger
03- Zaim
04- Kimi
05- Amar
06- OC
07- Faeez
08- Chin
09-Ucop
10- Ijan
11- Tabla
12- Wak (cap pertama)
13- Paren (cap pertama)
14- Bapak (datang hari ke-2 selepas menghadiri exam hari pertama)
15- Kerbau (datang hari ke-2 selepas menghadiri kelas di hari pertama.Masuk menggantikan Faeez yang mengalami kecederaan dan tidak dapat hadir di hari ke-2)

Pasukan Pengurusan
Yien
Kudin
Mag (pembantu perubatan)

Ucapan terima kasih kepada Dato' Presiden yang turut sama hadir memberi sokongan di hari pertama. Tidak lupa kepada ayahanda Ghafar yang sudi bertemu dengan semua pemain dan memberikan sokongan, Bro Qisan yang turut sama membantu pasukan. Thanks Bro...
Juga kepada Hahzam, Reza, Achip, Itik, Adha, Mayong, Hasran, Bobby, Siti Fairuz dan semua warga EXSAS yang turut sama memberi sokongan kepada pasukan.

Sekian terima kasih.



Saturday, 14-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN TERBUKA TMM PAHANG 2007

 
 
 
View all 67 photos...
14-15 APRIL 2007, PADANG MPK 1&2, KUANTAN


EXSAS EAGLES 'B'


EXSAS EAGLES 'A'

EXSAS menghantar 2 pasukan iaitu EXSAS EAGLES 'A' yang diwakili oleh pemain-pemain senior manakala EXSAS EAGLES 'B' pula diwakili oleh pemain-pemain pelapis yang terdiri daripada bekas pelajar Semsas SPM tahun 2006.

Di peringkat kumpulan, EXSAS 'A' yang bermain dalam kumpulan D terpaksa berhempas pulas untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas hanya mencatatkan 4 mata di hari pertama hasil kemenangan 12-0 dengan Ex-Sharks UMP, seri 0-0 dengan MAS Cougars dan tewas 0-8 dengan Ungku Husin Old Boys (UHOB).

Berlainan pula dengan skuad pelapis EXSAS EAGLES 'B' yang bermain dalam kumpulan C kerana mereka tewas 0-19 pada perlawanan pertama menentang Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Namun ianya tidak mematahkan semangat pemain muda pasukan untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan seterusnya. EXSAS 'B' bangkit menewaskan Kuantan Salvo 'B' 17-15 dan berjaya mendapat rentak sebenar pada perlawanan ketiga bertwmu MRRC. EXSAS 'B' menang 33-0.

Hari kedua merupakan hari penentuan kepada EXSAS 'A'. Tiga pasukan berentap untuk mencuri dua tempat teratas ke peringkat suku akhir. Seperti tiada pilihan, EXSAS 'A' perlu menang besar dengan Kuantan Armour dan berharap UHOB menewaskan MAS Cougars. EXSAS 'A' menang 17-0 namun masih belum cukup mampu untuk melayakkan diri selepas MAS Cougars menang 5-0 dengan UHOB. Maka berakhirlah misi EXSAS 'A".

EXSAS 'B' pula bergaya menjinakkan TUDM Scorpee pada hari kedua dan layak ke peringkat suku akhir menentang Kota Tinggi Loaders. Pada perlawanan suku akhir, EXSAS B tewas 0-10 dan seterusnya bermain di peringkat separuh akhir kategori Plate.

Hasil serangan dan pertahanan yang kemas, EXSAS B berjaya menewaskan Kuantan Salvo A, 14-7 dalam perlawanan yang agak seimbang dan mendebarkan di peringkat separuh akhir Plate. Perlawanan Akhir Plate sekali lagi mempertemukan EXSAS B dengan SSBP dan ternyata EXSAS B bukanlah tandingan mereka selepas mudah membenam Skuad Helang, 0-38.

Maka EXSAS B mengakhiri kejohanan tahun ini sebagai Naib Johan Kategori Plate dan menjadi 6 pasukan terbaik kejohanan yang disertai oleh 22 buah pasukan sekitar tanahair.

Perlawanan Akhir Cup menyaksikan JLJ juga mudah menjinakkan Kota Tinggi Loaders, 34-0. Tempat ketiga menjadi milik Ex-Lions dan keempat, MAS Cougars.

Berikut adalah pemain-pemain yang membawa cabaran EXSAS ke kejohanan tersebut.

PASUKAN EXSAS EAGLES 'A'
01-BAPAK 03
02-TIGER 02
03-MUAZ
04-OC 03
05-SHAHRIZAN 98
06-KIMI 98
07-MAG
08-CHIN 03
09-BAR
10-IJAN 98
11-TABLA 03
12-KUDIN 96
13-HASIF 96

PASUKAN EXSAS EAGLES 'B'
01-YIEN 96
02-RIKI 06
03-BEN 06
04-SABIL 03
05-KERBAU 05
06-ALIP 06
07-APIT 06
08-JOKER 03
09-TEMPE 06
10-HAIKAL 06
11-TADA 06
12-ATAN 06
13-SHAWKEY 06
14-WAHI 03

Ucapan jutaan terima ksih kepada EXSAS atas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan. Ucapan terima kasih kepada Dato' Presiden yang meluangkan masa memberi motivasi kepada pemain. Juga kepada Bro Tahir dan ahli-ahli EXSAS lain yang tidak disebutkan. Terima kasih atas sokongan kalian.
Seterusnya, EXSAS EAGLES akan bermain dalam kejohanan berprestij SMSS Satang 10's pada 5-6 Mei akan datang bertempat di SM Sains Selangor, Cheras.

yien96


Saturday, 24-Mar-2007 09:20 Email | Share | | Bookmark
Kejohanan Ragbi Segamat 10's Canterbury - Uitm Johor 2007.

 
 
 
View all 59 photos...




24-25 Mac 2007,UiTM Cawangan Johor, Segamat.

Kejohanan ini merupakan penyertaan pasukan Exsas Eagles untuk tahun yang kedua selepas terkandas di peringkat suku akhir Cup di tangan NS Wanderers pada tahun lepas.

Fokus pasukan pada kali ini lebih menjurus kepada pendedahan untuk pemain-pemain muda bersaing di peringkat yang lebih tinggi disamping sebagai pentas pemanas badan sebelum ke Kejohanan Terbuka Pahang 10's pada bulan April ini.

5 orang pemain bawah 19 tahun Exsas Eagles telah mendapat cap pertama pada kejohanan kali ini. Hasif(96) yang baru sahaja pulang dari Jerman juga mendapat cap yang sama.

Terdapat 3 kategori iaitu kategori sekolah, kategori IPT dan kategori terbuka yang menghimpunkan 56 buah pasukan dari seluruh malaysia termasuk pasukan-pasukan handalan seperti Blackhawks, JLJ, NS Wanderers, Sikamat Gunners dan De'Pepatih. Walau bagaimana pun, beberapa pasukan telah menarik diri pada saat-saat akhir dan ini sedikit sebanyak mencacatkan perjalanan kejohanan 2 hari tersebut.

Exsas Eagles bermain di kategori terbuka dan diundi dalam kumpulan D bersama Muar Musketeers dan MRRC( Malaysian Resources and Research Centre).

Perlawanan pertama menemukan Exsas Eagles dengan Muar Muskerteers yang merupakan Naib Johan kejohanan ini pada tahun lepas dan merupakan Johan Liga Johor tahun ini. Ternyata pengalaman dan pendedahan luas pasukan Muar Musketeers berjaya mengeksploitasi barisan pertahanan Exsas Eagles yang agak gugup mencari rentak keserasian di penghujung masa permainan. Keputusan akhir Exsas Eagles terpaksa akur dengan kehebatan Muar Musketeers, 0-7.

Perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan MRRC menyaksikan Exsas Eagles mula mendapat sentuhan keserasian selepas mendahului 7-0 di awal babak. Namun MRRC yang mengimport 5 orang pemain senior JLJ berjaya menguasai perlawanan sepenuhnya di akhir babak dan berjaya menghasilkan 2 try pantas. Sekali lagi Exsas Eagles tewas tipis 7-10 di tangan MRRC dalam peringkat kumpulan.

Maka Exsas Eagles mendapat tempat ketiga kumpulan dan akan bermain di divisyen Bowl pada hari ke-2.

Selepas mendapat bye di peringkat suku akhir, Eagles bertemu dengan Ex-Titans di peringkat separuh akhir. Ex-Titans merupakan pasukan bekas pelajar UiTM Segamat dan batch perintis kepada kejohanan Segamat 10's.

Keputusan separuh akhir Exsas Eagles menang 7-0.

Peringkat akhir Divisyen Bowl menemukan Eagles dengan RAD 21 Gemas. Pasukan menggunakan sepenuhnya keupayaan bermain secara pantas dan taktik itu berjaya melonjakkan Exsas Eagles sebagai Johan Divisyen Bowl selepas menang 19-12.

Divisyen Plate menyaksikan De'Pepatih muncul juara selepas menewaskan MRRC.

Divisyen Cup pula dimenangi oleh RAD 51 Gemas 'A' yang diwakili sepenuhnya pemain-pemain JLJ.

Ketegori IPT menyaksikan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) memperbudakkan Politeknik Shah Alam dengan kemenangan 39-0.

Ketegori Sekolah, SSBP muncul johan selepas menewaskan SM Teknik Segamat 'A'.

Berikut merupakan senarai pemain yang membawa cabaran Exsas Eagles di Segamat.

1. Prop - Bapak 03 (kapten)
2. Hooker - Hasif 96 (cap pertama)
3. Prop - Kapla 96
4. Scrum half- Kudin 96
5. Fly half - Yien 96
6. Centre - Tabla 03
7. Centre - Kebau 05
8. Wing - Mag 03
9. Wing - Ayie 02
10. Fullback - Ijan 98
11. Prop - Riki 06 (cap pertama)
12. Prop - Atan 06 (cap pertama)
13. Scrum half - Eris 06 (cap pertama)
14. Wing - Tempe 06 (cap pertama)
15. Fullback - Haikal 06 (cap pertama)

Jurufoto pasukan - Reza 96

Ucapan terima kasih kepada EXSAS, Dato' Presiden dan Bro Qisan yang memberi sokongan moral dan sumbangan material kepada pasukan.

Ucapan terima kasih juga kepada warga Exsas batch tahun 1996 yang sama-sama bersatu menyumbangkan jersi baru kepada pasukan EXSAS EAGLES. Jersi tersebut dipakai waktu perlawanan akhir.Terima kasih daun keladi.

Terima kasih kepada Saudara Talhah dan Saudara Kacang yang memberi sumbangan kepada pasukan walaupun tidak dapat menyertai kejohanan kali ini atas desakan komitmen yang lain.

Juga kepada Reza 96 yang sama-sama membantu pasukan dan menjadi jurufoto pasukan. Terima kasih daun keladi, ada masa jom ikut kami lagi.

Sekian terima kasih. Jumpa di Kuantan 14-15 April ini.

Yien & Kudin (96)



Sunday, 18-Feb-2007 06:06 Email | Share | | Bookmark
Kejohanan Ragbi Semsas 7's

Harian Metro
AJK Kejohanan @ Eagles
 


Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Semsas 2007 yang baru berakhir hujung minggu yang lepas telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Kejohanan yang pertama kali diadakan selepas 4 tahun hilang dari kalendar ragbi negara dan yang pertama kali dianjurkan bersama oleh EXSAS melalui Kelab Ragbi Exsas Eagles dan Semsas kini menjadi bualan hangat peminat ragbi tanahair.



Persiapan kejohanan pada kali ini memang tidak mendapat liputan dan tidak ramai peminat dan pasukan ragbi tanahair yang mengetahuinya. Selain daripada kesuntukan masa, kejohanan pada kali ini juga hanya dibuka kepada pasukan sekolah di sekitar Pahang sahaja. Ini adalah percubaan pertama jawatankuasa pengelola untuk mengadakan semula kejohanan ini selepas telah tidak diadakan semenjak tahun 2003.



Walaupun hanya 21 daripada 28 pasukan yang hadir, namun ia tidak melemahkan jawatankuasa pengelola kejohanan untuk memberikan yang terbaik disepanjang kejohanan ini berlangsung.



Kejohanan pada kali ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran ramai peminat ragbi tanahair. Mereka terdiri daripada bekas pelajar Semsas yang hadir dengan memberikan sokongan moral dan tenaga kepada pasukan Semsas dan juga pihak pengelola. Terdapat juga bekas pemain yang pernah bermain untuk pasukan sekolah mereka didalam kejohanan ragbi Semsas 7's seawal tahun 90an dahulu.



Majlis penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YB. Encik Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz, ADUN Kawasan Pulau Manis pada jam 11 pagi selepas menyaksikan perlawnan akhir kategori bawah 18 dan 15 tahun. Turut hadir ialah Encik Abd Ghafar Mahmud, Ketua Penolong Pengarah Sektor SBP, Pengerusi PIBG, Tuan Haji Abas Abd Rahman, Pengetua Semsas dan juga Dato' Ir Muhammad Imran Baharudin, Presiden Exsas.



Pasukan SHAH Pekan telah berjaya menundukkan SMK Khai Mun, Bentong di dalam perlawanan akhir 'Cup' kategori bawah 18 tahun, manakala SEMESTA mengungguli kategori 'Plate' bawah 18 tahun dengan menundukkan pasukan SMK Sri Kuantan. Pasukan SEMSAS A bawah 15 tahun berjaya mencuri tumpuan dengan berjaya menjadi Johan Cup kategori bawah 15 tahun mengalahkan SEMESTA. Pasukan dari SMK Sg Isap telah berjaya menutup peluang pasukan SEMSAS B untuk muncul sebagai johan 'plate' kategori bawah 15 tahun.



Kejohanan pertama ini juga telah mendapat liputan semasa oleh pihak RTM Kuantan dan juga pihak Harian Metro.



Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini, para penaja dan juga para pemain. Jumpa lagi pada tahun hadapan.




[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net